Monday, May 21, 2012

Pelik..

Posted by Riana at 4:11 PM 4 comments
Salam Monday..


Hari ni dimulakan dengan keadaan yg pelik di pagi hr..

apa diA?memang pelik..

Tp bukanlah benda pagi td yang nak diceritakan..

(hangin tak hangin tak??)


Peristiwa ni berlaku 2 bulan lepas..


Saya pelik la..

Bila seorang hamba Allah menghantar msg kepada sy..

Menceritakan tentang rumahtangganya..

Yang betapa dia menderita sebab hutang keliling pinggang..

kena tanggung suami..

kononnya gaji suaminya semua utk bayar hutang..

Diceritakan kepada saya bahawa dia sudah beberapa kali minta cerai..

Walaupun usia perkahwinan baru 2 bulan..

dan dia rasa dirinya deserve hidup senang..

pelik..pelik..pelik tak??


Pastu yg saya lagi pelik..

Bila di Muka Buka..

Dia post, betapa bahagianya dia menjadi seorg isteri..

betapa bahagianya dia dikurniakan suami yg bla bla bla..

dan betapa dia nampak seperti sgt bahagia la senang cakap..


apakah jenis si dia ini?

mengaibkan suami dia yg sy pun kurang kenali..

walaupun benih-benih perkahwinan baru nak bertumbuh..

peliknya peliknya..kan..kan..


Mula-mula ingat dia nak berkongsi masalah..

tapi bila sy tanya semula 'dah ok?'

sy pulak yg kena marah mcm menyibuk..

padahal smlm bukan main!!

(marah ni marah..grr)..


Ya Allah, Jauhkanlah saya dari sikap-sikap sebegini..


Setiap manusia akan menghadapi pelbagai situasi hidup..

tidak terkecuali sy..

perkahwinan adalah untuk melengkapi dan memudahkan hidup..

Setiap org ada masalah..

Kita yg kena kreatif utk settle.

(ele..konon je kan..padahal kl dia berair-rair gak mata)..ehe

Kena selalu positif.

Kadang-kdang masalah kecil slalu dirasakan sangat besar.

Disitulah perlunya positif!

Disitulah perlunya teman yg dipercayai utk berkongsi cerita,

(jika perlu pendapat,kl simple2 pk je la sendiri)

bukan utk mengaibkan..tetapi mencari penyelesaian..

walaupun jawapannya hanya,

'ko sabar je la..lama-lama ok la nt'..

kan positif tu..ye tak?


Moral of the story:

1.Jangan mengaibkan suami anda!

2.Hidup ni kena banyak sabar!!! positif!!

Walaupun saya ni kategori yg agak kurg sabar tp yg kat atas tu lagi teruk ketidaksabarannya..


sabar ajelah..






Saturday, May 19, 2012

Kisah Alqamah..

Posted by Riana at 10:06 AM 0 comments
Selamat hari Sabtu..


Shahdunya pagi sabtu di ofis ni..

teringat babak di rumah tadi bila saya dan hubby ingin keluar rumah.

Kesian nenek yang dah tak berdaya tinggal kesorangan.

Sempatla nasi dimasak, telor digoreng bersama ikan bilis..

(desakan nenek alasannya tak berselera + sy yg bangun lambat..ehe)..

syukur nenek masih diberi kekuatan berjalan dan uruskan aktiviti harian sendiri..

9 hr saya temani nenek sepanjang hari dan pastilah nenek rasa sunyi kembali bila sy kembali bekerja..(padahal kat rumah layan FB je..he)..

hubby plak kena kerja hari ni ada projek baru katenye.kenalah kerja lebih masa.

hidup perlu diteruskan..hanya masa yg menentukan.

Moga nenek dilindungi sepanjang kami tiada..

Umur nenek pun dah dekat 90..

Anak nenek yg sorg pun dah tak berapa sihat lagi utk menjenguk nenek selalu..

takpe nek, nanti saya pun akan tua mcm nenek juga..

Dan mana tau saya juga akan kesorangan kelak di hujung usia..


Doa saya,

In case anak-anak menantu sy kelak sibuk bersama keluarga mereka,

(if ada rezeki beranak menantu)..

Moga saya ada cucu mcm cucu nenek yg sorg ni..

(tak bole tahan ni air mata dah meleleh..) T_T

Dan sy sgt bersyukur sbb cucu nenek tu hubby sy..

Alhamdulillah..
(emosinya..emosinya..aarghhh)

nak balik pelok hubby kuat2..he
-lap air mata-


Hari ni google pasal ibu mertua..

Terbaca plak kisah Alqamah..

walaupun entry ni mungkin hanya 5% melibatkan ibu mertua,

Tapi 5% mampu memberi effect jelas utk kita ni jadi menantu derhaka..

Menantu derhaka ni sama level ngan anak derhaka..
Sebab dalam Fekah, Mertua sama level ngan ibu bapa kandung sendiri.

Bila sebut Alqamah mungkin kita tak kenal..tak ingat..tak pasti..

Yg mana ek??


Tapi ingat tak kisah seorang lelaki di zaman Rasulullah yang tak bole nak mengucap masa dia nak meninggal sbb derhaka pada ibunya?..Ya Allah,dijauhkan..

Itulah dia Alqamah.

Dia lebih utamakan isterinya dari ibunya.

Ibunya kecil hati sejak dia berkahwin kerana dia terus mengabaikan ibunya..

Kerana terlalu susah nak mengucap Lailahaillallah ketika ajalnya menjelma,
Sehingga ibunya hadir menceritakan pada Rasulullah yg dia berkecil hati pada Alqamah,

Rasulullah meminta ibunya segera memaafkan Alqamah supaya dia mudah untuk pergi.

Namun ibunya enggan.

Rasulullah meminta para sahabat menyediakan kayu api untuk membakar Alqamah,

Kerana adalah lebih baik dia dibakar di dunia daripada diakhirat.

Mendengarkan perkara itu,

Ibu Alqamah segera memaafkannya..

Dan Alqamah boleh mengucapkan kalimah Tauhid dan meninggal dunia..

Sesudah dimandi dan dikafan dan dikebumikan,

Di tepi kuburnya,

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Wahai Kaum Mihajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya"-Hadis Riwayat Abu Al-Laith


So,ingatan kita bersama,

1.Jangan derhaka pada ibu bapa.Kalau marah pun tegur dengan lembut dan bersopan santun.

2.Selalu ziarahi mereka semampu bole. Tak tau sampai mana usia kita.Ajal bila-bila.

3.Jgn lupa ibu bapa mertua hukumnya tetap sama. Saya ingatkan diri sy dan kawan-kawan, selalu selalu ingatkan hubby call or balik kampung rumah ibu bapanya sbb org lelaki ni kdg2 lupa.Jangan plak jeles kl hubby lebihkan familynya (walaupun jeles..positif positif..)..kita dah hari-hari dok bersama dia..bagilah can!

4.Sama-samalah kita ingat mengingati antara suami isteri..


Cakap memang senang kan tapi anggaplah ianya memang senang,

Bila kita fikir senang semuanya akan smooth je..

Tak guna nak serabut-serabut..baik layan Desperate Housewife ke..layan upin ipin ke..bole gitu?haha..







Jangan plak cocok mata ngan garpu mcm Kasim Selamat ni..ehe..baik cocok lidi satay ngan daging barbeque lagi best..=P



*Kisah Alqamah ni sekadar renungan utk diri sendiri dan kawan-kawan =)




































































































































Friday, May 18, 2012

Malam Jumaat..

Posted by Riana at 9:30 AM 0 comments
Salam Jumaat!

Macam biasa bila sebut malam jumaat mesti ada sesuatu yg berlegar di kepala..
haa!!apa tu apa tu??

Peminat citer seram, memang dah siap2 melanguk depan tv after dinner after baca Yaasin sbb nak tgok amukan pocong kat tv3..tp sebelum tu kena jamah mata tgok buletin utama..dengar kata ada penjawat awam yg serah diri angkara Bersih aritu..no comment!

Bagi org pantai timur plak memang syok sbb malam ni ala-ala lagu Katy Perry tu,
'Last Friday Nite'..yahoo..esok tak keje..
*sy mc lagi so yahoo mmg berehat-rehat dirumah lagi =P

Bagi org yang belom kawin plak jakun kononnya Malam Jumaat ni best utk org yang dah kawin..Malam Cintan Cintun..ehe..jeles le tew!!

Tp bukan semua tu yg saya alami malam td..

Nampaknya budaya baca Yaasin malam jumaat dah lekat kat org melayu n memang susah nak buang..ustaz kata, baca Yaasin patutnya hari-hari..Malam Jumaat baca Surah al-Kahfi..
Tp tetap nak baca Yaasin gak..he..dasar melayu..melayu Jawa.. =)
Hubby request nak baca asing-asing sbb dia taknak baca Yaasin.
Tapi saya memujuk-mujuk baca bersama-sama..siap demand jgn baca slow speed sgt nt sesak nafas (padahal nak cepat habis!)..
So sebelom baca kan kena niat kan..
Tetiba plak hubby suruh saya sebut niat-niat saya..erkk..(dlm hati je tak bole ke??)

Niat saya:
1.Supaya Allah memberikan kesihatan dan keselamatan kepada baby dalam kandungan saya ni.
2.Dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan..
3.Diberi rahmat kepada kami sekeluarga..
4.Disedekahkan utk atok-atok dan nenek-nenek serta saudara mara yg telah meninggal dunia..
5.Diberi rahmat utk ibu bapa kami dan adik beradik..
6..malu malu nak sebut ..dicintai abg selalu..hehe..

Pastu Hubby plak memulakan niat dia:
1.Nak beli rumah teres corner lot 2 tingkat.
2.Nak beli Mazda RX8.
3.Nak beli TV LCD 32 Inci
4.Nak beli X-box
Mak oii niat..materialistik sungguh keduniaan!..haha
sambung lagi..
5.Diberi anak yg comel,sihat,putih,pandai..(perli i yg tak berapa nak putih la ni..wek!)
6.Diberi kebahagiaan dlm rumahtangga..
6.Diberi rahmat kepada seluruh ahli keluarga yg masih hidup dan telah meninggal dunia..

Sebelom start baca sempat la sy memerli-mak aii..materialistiknya..haha

So siap baca, aktiviti kami seperti biasa la kan di malam hari..
haipss..bukan tu la..
kami melayan dvd..
bukannya nak solat isyak terus (alasan biasa dah terbuang hangin..kihkih)..
-apa nak jadi-
so,layan-layan sampai tertido..
and tetibe saya terkejut jam 3 pagi..
sbb hubby menjerit..

"Tu tu..tgok atas tu.."

Dengan penuh ketakutan pandang atas..ada apa..aarrkkhh..teringat pocong la plak..
cisss!!n sambil berkata..'abg kenapa ni'..

"tu ..sirip..sirip ikan yu!"

Sambil menepuk2 pipi hubby yg mulus..
'oit..bangun-bangun abg ngigau ni'

Hubby mengigau dgn penuh gaya skali!!
yes!ada point la kena esok..haha..
time tu cool lagi terus buat susu (lapar!!!) amik air semayang..kejut hubby solat..n buat2 tak tau..
lepas solat hamikkau bantai gelakkan kuat2..kahkah


hahahahaha..tu la...dulu time bertunang suka kacau call sy time sy tido n dah memang saya ni kaki ngigau dok merepek la kan sampai gaduh2 dlm ngigau..skrg??hamikkau dah berjangkit dgn virus lebih ekstrem sbb plus dgn ada gaya skali!!!



tu la balasan org lambat solat isyak!
yg sorg ngigau..
yg sorg takut pocong..amet amet org jawa kata..hahahaha

moral:jgn tangguh solat!




Thursday, May 17, 2012

Adakah aku bunting pelanduk?

Posted by Riana at 11:49 AM 4 comments
Istilah bunting pelanduk ni telah digunapakai oleh generasi dulu-dulu bila sorg pompuan ni tetap alami haid time pregnant..napela nak sebut pelanduk bukan rusa ke kancil ke kan senang.Bunyi cam ngeri je.haha

Istilah ni membuatkan saya betul-betul dirudung risau dan tak keruan.Bole nak dikatakan every week pasti ada bleeding from first moment yg saya ni pregnant. Awal-awal tu memang la bole kita anggap implementation bleeding..tapi kl dah dok tiap-tiap minggu bleeding,sape tak risau kan..

Check pregnancy sendiri la bila da period lambat 2 weeks bulan 3 hr tu. Beli yg paling murah kat watson..ehe.. Memang melompat-lompat la kan sebab memang nak baby cepat walaupun ada pihak kata mesti jarakkan 6 months daripada previous miscarriaged utk betul-betul pulihkan sel rahim sedangkan baru je 3 bulan berlalu. Private clinic doc kata 3 months pun ok..kalau ikut goment plak kata, tak payah plan pun..ntah ye ke tak training doc tu..aish..pape la..saya plak kata takutnya sbb fobia miscarriaged haritu tak hilang lg,tp life must goes on!..kerana keyakinan diri yg rasanya dah betul-betul sihat kami pun berusaha lg utk menambah umat Rasulullah s.a.w.So inilah hasilnya.

yeah!! i'm pregnant..

So bila da tau bermulalah rutin jadi puteri raja..ditatang bagai minyak sawit yg penuh dikilang felda..haha..begitulah..

AKibat kengkonon baru sangat, kami berdua bertangguh-tangguhan utk gi scan sampaila next weeknye bleeding..adoi..nape plak ni..takde rezeki lagi ke..mana taknye pregnant lepas 1st bleeding cek baby dah takde.Peristiwa tu betul-betul membawa kesan kat jantung hati naluri kami ni.kami pun bergegas ke Klinik kegemaran kami Klinik Nur di Kebun Teh Johor Bahru tu.Scan,baby baru 6 weeks n ultrasound belum dapat detect heartbeat lagi sbb terlalu comel lagi..n Dr Nur bagi Duphaston utk kuatkan rahim..

2 APril 2012
Register buku merah kat goment clinic.Procedure biasa urine test, berat (64.5kg - mmg dah tak tau la kan nak buat camne makin membesar diriku) dan nasihat-nasihat biasa la.Minum susu, makanan seimbang dan makan vitamin. Tapi kenapa nurse tu bagi asid folic je..iron?B complex?..sabau je la kan goment ni..redha je la..dan before balik tu set next appointment.

3 April 2012
Bleeding!!
Direct to Clinic Nur dan scan. Heartbeat ok.Alhamdulillah.

tu ha dia si comel ku..dah de heartbeat time ni 6w6d =)
Masa ni sebenarnya ada angkat 1 kotak file di office..sangat cuak memula nak gi klinik..bila dah scan sangat2 lega n hanya cerita pada hubby lepas 3 hari berlalu..kalau tak hamikkau kena marah nt..

22 April 2012
Bleeding menghantui diri..argghhh..
terus ke klinik nur scan lagi n alhamdulillah yaAllah baby sy ok..
Time ni seingat saya,saya pulun basuh baju sebakul..then bleeding happened..
adehss..baby..basuh baju pon tak bole ke..huhu..haru biru jadinya..

My fetus 9w2d

26 April 2012
Time ni plak sibuk update filing kat opis..so angkut mengangkut file dari rak kemeja..
akibat terlalu komited la konon sampai lupa diri tu pregnant..ha..kan da bleeding lagi..
masa ni tak expect langsung and terus meleleh air mata kat opis dan terus call hubby nak ke klinik scan..jam pukul 5,bantai balik je lepas bgtau HR.So,ni kali ke-4 sudah..sabar sabar..kena kuat!Sampai klinik ngan muka merah dr Nur dah faham da..terus scan..

9w5d..sabar sabar..memang betul-betul menguji mental n fizikal..
Time ni dr bagi MC tp mmg kengkonon komited, pergi gak keje mengenangkan byk pending job n mc sy tahun ni dah habis..habisla gaji sy..huhu

29 April Bleeding lagi!!!
Time ni sabarkan diri sebab esok appointment dr goment..
so esoknya lepas dah melepasi procedure biasa, berjumpa la dengan dr dan scan baby..
alhamdulillah jantung baby aktif n baby da mula gerak-gerak..time ni dah lupa dah bleeding-bleeding tu semua..tp dlm hatiku yg paling dalam sentiasa risau..
Dr kata uri agak kebawah..hati hati jgn buat keje berat..
Goment tak bagi gambar pon..Ultrasound tu pun tak boleh detect heartbeat cam kat klinik nur.Tapi dah nampak jantung baby degap degup so kebimbangan ni terus hilang...
Time ni la mengepow doctor..
'Dr, haritu nurse bagi i folic acid je..yg lain-lain tak dapat ke??'
ehe..
so dapatla semua iron,b complex bagai tu..hehe..berjaya!

panjangnye entri..belom habis bebel lagi ni..

Kelegaan hanya sementara bila 30 April merajuk ngan hubby..bila merajuk abis la kan bilik ni bersih..basuh kain dan mengemas segala bagai..1 may hari org bersuka-suka cuti tu, bleeding jadi lagi la kan..degil..tu la merajuk lagi..kali ni agak banyak n betul-betul membimbangkan..half of panty liner..tp konon buat tak tau ingat mcm slalu..so nak bersuka-suka and kononnya ada org nak memujuk maka bergeraklah kami ke kampung halaman ke kota tinggi..tp bila tghari bleeding ada lg..mmg spoil mood haritu and terus ke HSI..datang pukul 6pm,balik pukul 1030pm..best tak..sabar jela sebab 1 may dr nur cuti..klinik lain sume takde ultrasound.

Sgt suka dgn dr chinese lelaki yg memula merawat saya kat emergency hsi tu..
sgt bersopan santun..bila dia scan baby alhamdulillah baby tgh melompat-lompat..yaAllah apekah dugaan ini..sabar..sabar..yg penting baby ok..bila da ke goment pastinya kena ikut procedure..time tu bila dah tau condition baby pastilah nak berlari balik,tp terpaksa kebilik saringan utk dirodok dengan speculum tu..nightmare!!!!paksa yg direlakan..waaarrghh..

ada org panggil benda ni 'mulut itik'..ye..mulut itik jahat!!

procedure??


ha..amikkau..dia masukkan kat vagina untuk cek pintu rahim and blood yg keluar..tu la salah satu sebab kenapa sanggup bayar klinik swasta dari ke goment..alasan kat hubby,malas tunggu lama..padahal takut ngan mulut itik ni..

so,saya pun dirodok dengan sopannya oleh dr vicky (pompuan indian tau)..nasib tak kena ngan dr lelaki melayu yg sgt muda yg tgh rawat patient katil sebelah..lega..ehehe..
'Dr, kan baby i dah ok scan tadi,nape nak buat gak procedure ni??'
'Puan,ni procedure, kami tak bole skip'..adehh..
Nak jadikan kisah ni lagi tragis, bole plak speculum tu patah time nak masukkan akibat kedegilan saya ni mengepit peha..mmg dapat la kan..kena marah ngan nurse..haha..mmg patut pun..and pastinya dari tak sakit jadi sakit lagila sakit hati..haha..tp no heart feeling la nurse mmg dah procedure kan dan mmg saya ni degil..sabar je la..
so,abis procedure, saya pun konon nak mengepow pil kuat rahim dr doctor..
'sorry la dik,goment hanya bagi utk kes keguguran kali ke-3 berturut-turut'
Statement yg sungguh menyayat hati!ahaa..sabar la hati..sabar la...sabar ngan kerajaan skrg..ahah..papepun dapat MC 3 hari..yeah!!..bed rest je kat rumah..
so balik ngan happy dan menikmati nasi goreng seafood and bihun sup kat kedai makan febret walaupun baru lepas dirodok..ehhe..lupa da time ni..pelikkan happy seorang ibu mengandung bila tau baby ok..=)

Sepupu dan kawan-kawan ada nasihatkan supaya cek dekat specialist..
Tangguh punya tangguh akibat tiada bleeding lagi, jadi tiba la
8 May 2012 yg mana bleeding lagi!!
So,progress tetap sama..bleeding sekejap dan takde da dan dark brown colour!
Positifkan minda tunggu semuanya ok..
Dan mana mampu nak bertahan kan, hubby ajak ke specialist..kecuakkan beliau lagi berganda ganda dari diri sendiri..

10 May 2012

Dr, heartbeat baby sy ok..
Heartbeat??Riana,baby you tengah melompat-lompat tu maknanya ok la..=))
Time ni dah tak fikir da berapa duit keluar..
Dr Nooraini from Putri Specialist kata bleeding mmg dari dalam n could effect the baby..
mmg ada possibility utk miscarriage.Kena rehat.
MC 9 hari!

Punya la risau kan, baby best-best je tengah belajar hisap jari..

Komen utk Putri Specialist:
Staff memang peramah..cuma agak crowded dan ramai org..lagi sikit la nak sama mcm pegi goment..Dr Noraini tetap buat procedure yg sama dgn speculum tu tapi seriously sgt lemah lembut dan tak sakit sejurus selepas bangun..Ultrasound memang canggih and bole tgok depan mata tak payah nak pusing-pusing kepala tgok skrin atas kepala..hehe..
Tapi,staff bahagian makmal agak mengecewakan bila soalan saya yg memang slalu blur ni dijawab ngan perlian yg menusuk kalbu..nasibla tgh happy kan baru lepas tgok baby melompat-lompat..kl tak mmg siap kena zass admin putri ni..hehe..positif..mungkin dia tgh period..haha

so,selesai episod gundah gulana..

MC 9 hari sedang dinikmati..tp 15 May kami kembali ke klinik Nur..apa lagi..bleeding lagi..
sabar.......
alhamdulillah lagi..baby aktif..
Just 13 weeks and lamanya nak tunggu Nov..cepat la..cepatla..

YaAllah sihatkanlah anakku di dalam kandunganku ini YaAllah..
Ampunilah dosa-dosa kami dan janganlah Kau menguji kami dengan dugaan yang tidak dapat kami menanggungnya..beri maaflah kami jika kami telupa atau tersalah..AMin..

Menikmati hari-hari MC dengan perkataan 'Bunting Pelanduk' menjadi igauan..
















Saturday, March 17, 2012

Nursery Bunga Johor Bahru

Posted by Riana at 2:23 AM 0 comments
Johor Bahru ni memang besar tapi nak cari nursery bunga yang best-best bukan main payah..
First nursery yg dikunjungi sejak kegilaan terhadap bunga ni dekat Ulu Tiram.If dari kota Tinggi nursery ni sebelah kiri selepas caltex sebelum jumpa simpang ke plus ulu tiram,betul-betul bawah jejantas..
Lepas tu kononnya menjejaki nursery kat JB la..tak nak cakap yang mana tp memang tak best..serabut mata tengok..haha..1 day berborak-borak ngan workers kat Nursery Ulu Tiram tu,

sy: dik, ini nursery dah lama bukak?cantik la kat sini..akak suka..banyak bunga..tapi kat jB susah nak carikla..
workers : ala kak.itu yang depannya jusco tu ade..tokeynye ye same..(dengan telo indonesian)
sy: kat mana??? (excited giles)
workers: ala..lepas itunye simpang ke Johor Jaya akak terus aje masuk calltex ke mobil kl tak silap sy,itu la disitu..
sy:oo..Okkk..tq..
begitulah conversation antara aku dan workers kat situ..so bila pergi..jeng jeng jeng..

so,inilah hasilnya..tapi ni bukan 1st time pergila..rasanya yg ke4 kali..haha..


entrance..ntah apa tu rasanya kunci kereta..ihii

bunga raya baby pink..1 pot rm18..memang perlu dimiliki..

hydrangea..tak pasti colour apa ni..sbb bunga baru keluar =)

tak ingat apa nama bunga ni..ehe..

daisy yg cukup mempesonakan..u know Malaysia is the top suppliers exporter to Jepun coz daisy Malaysia gagah berdiri..

yg Pink tu..argghh..tak bole bla..


pinky rose..must take away..

This striped rose pasti menjadi kegilaan peminat rose..just left 1..eyeww

Orange Rose..

Purple Rose..unique!

Pinky rose..bulat bulat kelopak nye..

orkid,,kegilaan kaklong & mak..

sebelum ni tak layan pon,asyik dtg nampak cantik mcm lavender..belek2 rupanya same type of Misai kucing but colour purple..memang cantik if merimbun..

rm48 orchid..memang cun habis meletops!

polkadot orchid..nama aku bagi..haha
kat sini memang best..slalu beli dapat murah..normally rose kampung rm7/bag. Rose yg pelik-pelik rm15/pot..n maybe bole dpt rm12 kl beli..best2...
Nama nursery ni : Soon Gardening Landscapping..yup..takde pon dekat entrance refer from receipt!

Ni pula nursery kat Taman Sutera Utama ni..singgah jap masa site visit kesana..bukan mengulor ek..tp time lunch hour...sanggup tak makan!

entrance..like the name..Katsura Garden

more variety of Cactus..no need to go Cameron..ehe

Colouful Cactus..bole beli satu utk jadikan artifak akan dtg..haha

eyeww..comelkan the colourful duri duri

never know this keladi boleh hidup in water itself..cun!

magnolia & others species

another type of misai kucing there!maroon..!

first of pink hydrangea i ever found!












tapi the price quite mahal la kat sini..Goodbye Katsura..ehe

Sunday, March 4, 2012

Weekend with Lovely Hubby

Posted by Riana at 10:18 PM 0 comments
Sebelum keluar haruslah snap this blooming roses dulu..
Hope si comel kuning ni gembira disini =)


Ronda-ronda Tebrau City..
me:Jom makan kek abg
hubby: ..ok jom syg..
(dlm secret recipy)
me:nak kek mana ek..em ...arrr..mcm best je classic cheeese tu(baru je mgu lepas cik fainie blanja choc fudge kek..ehe)
ala..yg mana ek..white choc indulgence ok x?-mmg susah buat pilihan adalah masalah diri sendiri sejak dulu!!!
hubby: choc moist ni kot sedap..
me: abg nk yg mana?
hubby:choc moist..syg?
me:nak classic cheese la..
hubby: classic cheese 1 ye dik..
>reverse physicology tecnique..haha<
hubby sy tau nak cover kelemahan sy..huhu..
dan akhirnya dlm masa xsampai 1 minit kitorg dah licinkan semua..hahahaha..
sgt sedap classic cheese ni..rasanya ni la kek secret recipy yg d'best penah makan!


Lepak toy'r'us n say goodbye to toy'rus..e-bay kan ada..toy'r'us mahal markup melampau..haha
singgah sebentar di Harris =)
i loike it..i loike it..
buat review 3 books ni n rasanya yg tgh tu paling best sebab menarik n elobaration with photo.
esok2 dtg lagi bole layan!!
takdenye nak beli..dah ada library sendiri nt baru beli (angan2 yg patut).


out of Tebrau City..
smlm kata nak cari english rose..haha..tapi memang takdela..lupa nak snap nursery entrance..agak menarik!
so ni 2 beradik ni hasilnya..pink & white..
2 polybag 14..dapat diskaun 2 hengget..


putih ni dah lama kembang n dah gugur sikit2 petalsnya..ehe..


both transfered to big container..
tak sabar nak tengok diorang membesar..
aarrghh..esok keje..mempersiapkan fizikal dan mental!yeaahhh

Saturday, March 3, 2012

Tartlets - fruit & cheese varieties

Posted by Riana at 11:35 PM 0 comments





Various types of tartlets to try on!

Tartlets - fruit & cheese varieties
 

My SWeeT JourNeY.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Blogger Templates | Best Credit Card Offers