Monday, December 19, 2011

Tiada lagi..

Macam mimpi rasanya..tiada lagi fetus comel itu dalam rahimku..awalnya ingat normal bleeding tapi bila dah lebih 3 hari and terus pegi buat check up, no heartbeat anymore..dan sebenarnya dah 2 minggu no growth on my baby..ikut kiraan 11 weeks tp fetus tu still 7 weeks size..sedih?..lebih dari itu tak terkata..

After confirmation by Doctor Nur, dia advise aku ke hospital untuk double scan..so bergeraklah aku bersama suami tercinta kesana..dua orang doctor muda menanti..memang takut sangatlah time tu..teringat kata-kata my sister..dia akan keluarkan rahim tu secara manual sebelum d&c..argghh..memang mengerikan..

http://www.emedicinehealth.com/dilation_and_curettage_dandc/article_em.htm


after scan and confirm..doctor sahkan no heartbeat..memang sedih..sedih yang teramat-amat..innalillah..hilang semua bayangan nak beraya bersama baby ku yg comel..Allah Maha Kuasa..mungkin inilah kifarah dosaku yg lalu..juga mungkin inilah ujian untuk menguji iman..Thank you Allah..moga segalanya akan berakhir dengan baik..apa yg kuharapkan aku takkan melalui d&c..arghh..takut..'awak ada 2 pilihan..balik and datang semula bila banyak bleeding atau sehingga 2 minggu, atau nak kami teruskan d&c..tanpa fikir panjang,aku terus memilih untuk balikkkkkk...ngeri sungguh..

dlm situasi masih tak percaya..tapi baby sudah tiada..ramai yg kata 'karung baby' n baby akan keluar sendiri sebab baru 7 weeks...harap2 keluar sendiri..n mlm itu terkeluar segalanya..sakit segala abdominal and pinggang..separuh mati rasanya sakitnya...ye..baby mama dah keluar..selamat sudah disemadikan..Ya Allah ampunilah dosaku..

esoknya masih ke office utk settle pending work..takut mc lama plak bila ke hospital nt..lepas keje terus kehospital n maklumkan pada dr..alhamdulillah..complete abortion..xperlu d&c..lega!..
tapi musykil betul..dapat mc 2 hr je..nurse siap minta maaf sbb dia pun xd kuasa nak ubah mc..disebabkan dtg hari sabtu..mc dpt sabtu ahad..logic sungguh kan hospital kerajaan ni..sabar jela..memang aku ke private klinik la mcm ni..badan menggigil semacam..

ke klinik adham..doctor buat muka..apa ke patut mc 2 hari..sy bagi mc seminggu k...uhuhu..melonjak kegembiraan la aku walaupun tak boleh nak melonjak2..ahaha..baiknya doctor siti..syg doctor..so..selamat ber mc..>mulakan hidup baru..kini kami masih ber'2'..sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas,,Amin

Saturday, November 26, 2011

Kita Hanya ada 1 Pilihan..ke???

Bagun pagi pukul 6.50..!arghhh..tak sedar apa..nasib nenek nak ke bank pagi ni uruskan perihal pencen arwah atok..lega lah tak payah masak untuk tengah hari..masak nasik masak air masak nasik goreng goreng telor goreng ikan masin nenek buat air teh bersiap ke office..sebab tak sempat minta khidmat suami ironkan baju..haha..tak tentu arah sejak mengandung ni..dah siap!..take a breakfast..ntah apa mimpi pagi tu mkn share 1 pinggan ngan abang..(romantik la konon padahal dah kelam kabut nak jimat masa basuh pinggan)..kikiki..salam nenek pegi keje...

sy : Abang, tak sempat tadi ucuk*(bukan nama sebenar..tehehe..) nak sapu dapur..
abg:xpelah..takkan nak buat semua mana sempat..kita kan keje..
sy: tapi....
abg: Ucuk pilih la antara 3..nak jadi isteri yg baik..cucu yang baik,,atau pekerja yg baik..
sy:nak tiga-tiga yg terbaik!

papp!!!sampai ke malam pk ayat yg sungguh fantastik tu..betul gak kata abang..tp terus teringat aku pada Dato' Rafidah Aziz yang pernah membuat kenyataan "toilet sy pun sy cuci sendiri bukan org gaji"..beliau masa tu cerita tentang wanita berjaya!..so sbnarnya mungkin..ups..memang pasti kita boleh buat semua serentak..!tapi memang sgt hebatlah kl baru 2 bulan kawin dah hebat mcm tu..takpe takpe,,2 bulan nampaknya dah ada improvement..insyaAllah ..mungkin sekarang kena pilih antara satu kot..tapi not forever la..nak pilih yg mana ek..yg mana ek...mestilah jadik isteri yg baik dulu kan..=)

Hari ni beli susu untuk completekan pemakanan baby..sy pilih EnfaMama kerana kandungan lemak paling rendah antara kebanyakan susu untuk ibu mengandung =)

http://www.meadjohnsonasia.com.my/products-services/enfa/enfamama-a-plus.aspx

and saya juga ambil Royalmix Zhulian sebagai tambahan di kala lapar di office =)

http://www.zhulian.com.my/royalmix02.html

Eksperimen dari kakak sy untuk anaknya yang ke-3...budak jadi bijak dan cepat matang!9 bulan dah taknak pakai pampers and boleh habiskan iqra' masa umur 4 tahun!..n kulit n mata yg cantik..=)

Arienah Nur (2 dari kanan)..anak Royalmix..=)
Yg lain pon comel n bijak2 juga =)

Surah-Surah Amalan Untuk Ibu Mengandung~

1.Surah Al-Fatihah ~ menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
2.Surah Maryam ~ Memudahkan bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat
3.Surah Luqman ~ Untuk memperolehi anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
4.Surah Yusuf ~ Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
5.Surah Hujurat ~ Memperbanyakkan susu ibu dan anak lebih berhati-hati
6.Surah Yaasin ~ Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
7.Surah Taubah ~ Untuk membersih jiwa dan terpelihara dari maksiat
8.Surah An-Nahl ~ Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

InsyaAllah~

Tak dapat bayangkan ibu saudara mampu membaca ke tujuh-tujuh surah amalan ini dalam sehari..hasilnya anak sangat cerdik dan comel serta baik akhlaknya =)
InsyaAllah

Azkiah Thurayah Omar
My Cousin at 10 years old.

Thursday, November 24, 2011

Jari and Kaki sudah Mula terbentuk =)

Active cell developing.Kena makan makanan berkhasiat. =)
http://www.babycenter.com

Jgn lupa amalkan surah-surah terpilih untuk baby..walaupun hectic life ni sgt memenatkan, at least 1 special surah utk my baby..
224 days to go =)
http://1khalifah.wordpress.com/2010/02/02/surah-untuk-ibu-mengandung/

Kena contohi cik ila yg lahirkan anak dengan sangat mudah,cantik,bijak and wonderful bila dia amalkan 7 surah amalan setiap hari...wowww..setiap hari..
satu hari satu surah yg lebih 100 ayat memang sudah cukup menguji kesabaran bila dibaca bersama maknanya..
Kuatkanlah hati ku ya Allah..

go go go Yana!

Tuesday, November 22, 2011

My 7 Weeks Embrio

Tak sangka ia seawal ini..walaupun itulah harapan..
Alhamdulillah ya Allah atas kurniaan ini..

Alhamdulillah tiada alahan setakat ini..
Office pun dah dekat nak audit dan banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan..

Jadi Housewife separuh masa tapi tugas isteri sepenuh masa memang menguji mental dan fizikal di awal perkahwinan..+ stay dengan nenek..
(Al Fatihah utk arwah Atok Abdullah bin Abu Bakar yang baru saja meninggal dunia pada minggu lepas 12 Nov 2011)..
Alhamdulillah yaAllah walaupun awalnya agak stress mengurus semuanya dlm satu masa,kini sudah agak mudah..
Moga kekuatan ini berkekalan untuk aku berbakti pada insan-insan yang menyayangi diri ini =)
(Walaupun kadang-kadang rungutan dan air mata tetap jatuh..mana taknya..time anak dara semua mudah..fikir untuk diri sendiri je..mengada tak boleh susah sikit..lepas kawin automatik 360" org kata berubah..tapi perubahan yg membuatkan ++++kasih syg.+++ kekuatan.)..

dan demi untuk embrio ku tersayang..aku kena kuat..go go go..! =)



Unexpected & Unplanned

Hidup ini penuh dengan kejutan..
Kadang-kadang kita jangka..
tapi kadang-kadang terkeluar dari jangkaan dan perancangan..
Ramai manusia sangat kecewa, nangis,duka bila perancangan tak menjadi yang sepatutnya..
Tapi kesedaran tentang diri kita ini adalah makhluk Yang Esa dan sangat kerdil sangat perlu pada keadaan yang seperti itu..
Banyak hikmah yang akan kita dapati selepas itu..
Cuma kita perlukan kekuatan dan ketabahan yang bukan sedikit untuk menerimanya..
dan akhirnya kita akan tersenyum..
bila kita berjumpa hikmahnya..
menjadikan diri kita sedikit lebih berharga dari sebelumnya..

Kita hanya merancang tapi Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya untuk kita..
Ya Allah kau kuatkanlah hati ini..
Kau Jadikanlah aku hamba yang sabar dan redha dalam setiap pemberianmu..
Terima Kasih Allah kerana aku kini telah tersenyum menerima hikmahmu..
Amin..

Sweet Memory..


I'll be yours forever.....
Selamat Diijabkabulkan pada 18 September 2011
Semoga Perkahwinan membawa kesempurnaan kepada kehidupan kita yg seterusnya hingga ke syurga ..Amin

Thursday, June 23, 2011

Setiap yg Indah ada Bayarannya..

Mood minggu lepas sgt happy..
Sebab baru dpt keje baru..
Mood minggu ni bercampur baur..
Sindrom itu dtg lg..memang menyeksakan kali ni..
Estrogen memang jahat..
Buat hidup kacau bilau..

Hari Isnin hari yg tak berperasaan..
Asyik cari pasal dgn mrNaz..
Dlm keadaan tak berperasaan tu aku gi keje and balik keje..
Konon nak neutral mood nak gi basuh kete and dptkn ion negatif dr dlm kete sendiri..
Tapi sbb penuh brg-brg dlm kereta selepas berhujung minggu,
aku niat hantar brg dulu ke rumah..
and then..............
Aku accident..
Org Langgar si Gemuk aku..
Abis pecah sidemirror ..
Hampir juga kena muka aku..
Alhamdulillah yaAllah..aku tak apa-apa..
Baru semalam sepupu berpesan..
Jaga jaga sikit kau tu darah manis..

Yang peliknya masa insiden tu pun aku mcm tak berperasaan..
kenapa la dgn diri aku ni..
Just mintak ic and address org yg langgar aku..
terus esoknya aku repair..
Minta ganti rugi hingga kini masih menanti..
Katanya tiada duit waktu ini and sanggup lagi kl aku report polis..
Malasnye aku nak fikir..
Biarlah sampai dia ada duit..
Yg penting dlm hati skrg>ak selamat<..
Thank you Allah..

Selasa..
Suasana masih tegang..
Tp aku positifkan diri..
Menunggu estrogen menurun kembali..
Sabar Yana!

Rabu..
Masa berhibernasi..
Masih tak berperasaan..
Pandang bunga deep di bawah katil..
Dgn tak berperasaan aku cantumkan kelopak..menjadi satu bunga..hingga ke rimbun ke 6..
Dah mcm puisi la plak ayat aku ni..
Ape ape je la..
Approved..
Dapat confirmation letter..
18 July akan merubah segala..
Kongsi bersama MrNaz kegembiraan..
Pelangi dtg lagi..
Mari menyulam cinta kembali..
Bersama sinar Panjut Hijau ..
Haha..Green Lantern..=)

Kerja Baru>Accident
Gaduh>Pujuk>Belanja tgoK Movie

Betul kan..semua ada bayaran..

Monday, June 20, 2011

Reduce Stress witH My Mom Pets

Ni nama dia Putih..biasala Mak memang akan namakan haiwan-haiwan peliharaan dia base on colour..hehe..Actually si Putih ni kucing jiran sebelah and akan menyinggah rumah time dia lapar and perlukan kasih syg je..time dah cukup semua tu, dia terus tak muncul..haha..Apa yg pelik pasal putih ni, dia ni -jantan- tp fizikan n perlakuan mcm betina..sampai ada satu masa kucing jantan ngorat dia..n diorg tut tut..ngehh..masa tu aku terus jerit...eee....kucing Gayyyyy..haha..selisih..terus aku siram air la supaya hubungan luar tabi'e tu dihentikan>kucing jantan tu konpius agaknya..haha

Cerita pasal kucing,MrNaz sgt suka kucing and dia sgt suka Kucing Lembu..kucing lembu??hehe..
http://en.wikipedia.org/wiki/Bicolor_cat
MrNaz berangan nak bela kucing lepas kawin tp kena amik masa lepas pregnant la coz dr info yg telah dipelajari,kucing ni ada satu bakteria yg bole buatkan soang pempuan susah nak pregnant..tak pasti la kesahihannya..
Comelnye kucing..
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_cat_breeds

Next>Ibu Ayam yg Baik..


Ibu ayam..semua ayam kat rumah akan digelar DiDit..so,inilah didit terbaru mak aku..ni pun ayam datang lama-lama jadi syg kat mak aku..dah tuan sendiri tak bg kasih syg,so diorg membawa diri berhijrah membawa hati dan keluarga ke rumah aku yg penuh kasih syg..ahaa..diorg anak beranak ni memang dikurung tp si anak masih boleh keluar kerana lubang sangkar yg besar..tp sabtu lepas akibat silap aku,si didit n bole terlepas dr sangkar..akibatnya abis la semua anak2 pokok bendi and kaktus yg cun2 tu dikerjekannya konon2nya utk mencari cacing...aishh..
Kat sini ada ayam comel2..
http://www.small-farm-permaculture-and-sustainable-living.com/types_of_chickens.html
Admire kat Barred Plymouth Rock Chickens..huhu


Guppy si genit yang comel..baru lepas kematian beramai2 sbb silap salin air..sedihh..
Beautiful guppy..
http://www.google.com.my/search?q=guppy&hl=en&biw=1280&bih=635&prmd=ivns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=76_-TavQGoaJrAedm4DdDw&ved=0CFEQsAQ

Yg takde dlm ni ialah si kura n kuri..next time enterframe la..
Kesimpulannya~
Confirmed that pets can reduce your stress,lower your blood pressure and etc..=)
tak percaya cubela..

http://www.mainstreet.com/article/family/family-health/7-ways-pets-lower-stress-and-save-you-money

Thursday, June 16, 2011

Senjata paling Kuat!

Ya Allah,
Ampunilah dosa-dosaku YaAllah,
Dosa Kedua ibu bapaku Ya Allah,
Dosa kaum keluarga,Guru-guru serta sahabat handaiku yaAllah,
Serta dosa seluruh kaum muslimin dan muslimah.
Rahmatilah hidup kami semua yaAllah.

YaAllah,
Berikan aku jodoh yg baik yaAllah,
Yg Beriman,
Yg Bertaqwa,
Yg beramal soleh dgnMu yaAllah,
Yg Indah paras rupa serta bersesuain dgku yaAllah,
Yg murah rezekinya serta
Yg menghiburkan hati ini,
Yg boleh memberiku kebahagiaan di dunia dan diakhirat yaAllah,
Yg boleh memberiku zuriat yg soleh dan solehah,
Serta yg mencintaiku sepenuh hatinya,
dan menerima keluargaku seadanya.

YaAllah,
Andai Nazuan Nasir itu adalah jodohku YaAllah,
Kuatkanlah cinta kami dan kekalkanlah ia hingga ke syurgaMu yaAllah,
Ampuni dosa-dosa kami,
Mudahkan urusan kami ke arah perkahwinan yaAllah.

YaAllah,
Murahkan rezekiku yaAllah,
Mudahkan segala pengurusan hutangku yaAllah,
Mudahkan aku mendapat pekerjaan yg baik yaAllah,
Pekerjaan yg menambah amalku padamu yaAllah.
Ampunilah dosa-dosaku yaAllah.

~

Apa benda yg lebih laju dari cahaya n senjata paling kuat?
"DOA".
Selepas masuk 6x interview at last dapat keje baru,
bukan xbest keje skrg,
cuma kurang self development n kurg cabarannya,
Alhamdulillah dpt keje yg agak berprestij..hehe..
Bole la letak tender hr ni..
Niat utama nak bg parents lebih skit lepas ni..
Rezeki org nak kawin agaknya..=)
Lepas ni bolehla edit doa yg last paragraph tu selepas 7 bulan menitip doa tu setiap hr lepas solat..=)

Alhamdulillah~





Monday, June 13, 2011

Survey d'Temerloh

Weekend yg lepas di luar kewarasan fikiran akibat demam, MrNaz telah membeli tiket keretapi ke Temerloh utk kami berdua..Tujuan utama ;survey mak andam utk majlis di temerloh.cuma verbally planning tp tkejut bila mrNaz terus beli tiket khamis mlm..akibat nya ak tetibe dpt MC n cuti jumaat tu..hehe

Tiket pukul 530a.m..memang masak la..mlm tu survey teksi tp semua pakcik teksi yg kitorg tanya taknak bangun awal..ee..geram tol..nak bg duit pun tak nak..hhee..at last dpt information, melambak-lambak teksi ada kat larkin waktu gitu..cuma persoalannya sape yg nak hantar kitorg??dan dgn kepantasan otak aku berfikir,kita parking je la 'pak tam' kat flat larkin..pastu menapak gi cari teksi mendaki dan menuruni bukit larkin..terus baik demam aku..haisshhh..
cian pak tam kna tinggal kat flat larkin 3 hr..haha..akhirnya sampai la di JB central..430a.m da sampai..giler ah..haa..yg ada org2 yg tido kat waiting area ngan pegawai2 imegresen..
So,rancanglah perjalanan anda..hehe..

http://www.ktmb.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=69&Itemid=55

Time tu kitorg isik masa ngan tgok house model yg ada kat situ sambil berangan nak beli rumah camtu..haha..tak silap under Callista project..tak nak setengah juta plak la kan umah dia..haha

Pastu gi kat mesen yg ukur BMI,blood pressure kat luar toilet.mangsanya mestila MrNaz.bagi mesen tu telan seringgit terus bole baca kandungan lemak skali..so mrNaz;normal blood pressure..sihat lg Alhamdulillah.cuma gemok sikit,,hehe..sebelum bertambah gemuk kita bole prevent dgn buat test ni..at least kita tau kan perkembangan badan kita..blood pressure ni bole sbbkan mcm2 pyakit dan membunuh secara senyap..bole tgok sini..takut2..
http://www.vaughns-1-pagers.com/medicine/blood-pressure.14.pdf
inilah aktiviti kul 430 pg kami..=P

sihat..=)

Enter balai berlepas (ceh..mcm nek flight je) kul 550..ape da..janji 530 sampai 550..nasib ketapi keras takle kunyah..=)..dah naik..lega n masa nk memejam mata sbb xcukop tido..Ni la pengalaman pertama naik tren utk perjalanan yg jauh..(kt kL tu biasela dekat-dekat)..tp yg ni jauh tau..ngeri bila dgr tayar tren (tayar ke..kekeke) bergesel ngan landasan..ngilu aku..tp muka cam biasa je la..padahal dlm ati mcm-mcm doa da kuar..haha..MrNaz siap tanya;best tak naik ketapi..ngan muka yakin..best22..uwekk..

Mentakab Station

Dalam kengerian dapat gak aku tido ngan nyenyak..=P dan sampai di mentakab tepat di waktu yg dijanjikan 1130 a.m.yahoo..sampai sudah..
Berehat saje bila sampai di temerloh..=)

Mlm meround di pekan temerloh..suasana lebih kurang bandar kota tinggi cuma up sikit 30%..hehe..xnak kalah..cuma susunan bandar nye aku cam pening sikit..so memang confirm tak ingat lg jalan kat sana..1st time kot memangla tak bole nak ingat..=)

Next day sabtu: plan survey bridal house. Sebelum tu pekena ikan patin jap tp malang yg amat malang aku teramik ikan keli..ade ke patut mrNaz xbagitau aku yg dia amik tu ikan patin..aku ni memang la buta patin..haha..tp bole ngecek..takpe,,hehe..

lauk dia

Lauk Aku

Berusaha menambah lemak

Melayan patin..nyam2..

Sedap memang sedap tapi kitorg kena rm20.hampes..terkejut..tp atas dasar nama jalan2 kitorg redha je la..da masuk perut..

Lepas dah tambah lemak kenalah bakar balik kan.so..Ada la 5 kedai aku survey.pening kepala tak bole absorb.First kedai je kot yang memuaskan hati aku..sbb PR ok..Etu Collection tak silap.Ita nama nya yg layan kitorg..kedai ni corner lot bangunn sebelah kanan kait johar..kebetulan dia pun nak kahwin so lg best la perbincangan kami..hehe..cuma Etu ni tak sediakan tudung..4 kedai yg lain mcm kureng..customer masuk..bagi pakej..tanya sepatah..jawab sepatah..so..aku pun jd blur..tak boleh ckp yg mana..hehe..petang tu lepas asar keluar lg menjenguk bridal house.Koleksi Imah..baju dia cantik-cantik..bole tengok sini..
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001288594509

Lepas tu round Temerloh Esplanade..wah..tantikkk..

Best kan..kat kota tinggi xd benda ni..

Sambil menambah semula lemak...

Mee sup sedap..=)

Bakso nyam2..

Makan penuh khusyuk..=)

Panas..puh puh..hehe

Meesup ngan bakso ni bole tahan sedap..cuma cam kureng masin skit sbb aku kuat masin..~
Kedai ni kat tepi jalan tu je..memang menambah kesesakan kat situ.Pakcik kedai tu kelam kabut semacam..mcm nak marah kitorg je ckp tp nasib pakcik yg amik order best..=)

Next day ahad:perancangan nak ke pekan sehari..tp akibat kekalutan aku sbb xfinalize lg bridal house utk bertandang,aku lupakan pekan sehari..(kl kat kota aku panggil pasar lambak)..
So terus ke Ckin Collection..tempat yg memang aku nak pergi selepas google survey..

Bila pergi situ..suasana dia dah buat aku jatuh hati walaupun PR kureng..sbb aku rasa akak tu pemalu..haha (bole plak pk positif time ni)..masuk2 terus nampak pelamin tersergam dan MrNaz terus cakap>sy nak mcm ni..sy nak yg ni la..
Aku ckp kenapa??dia kata ada petunjuk yg ni la d'best..apa dia..1.kedai ni colour purple sesuai ngan tema kite..2.xbole nak tulis kat sini kenapa..hahahaha..so terus decide..harga pun xover bajet..test baju..letak deposit..settle.....=)
http://ckinanggun.blogspot.com/

Ni plak salah satu freelance phoographer yg collabrate ngan ckin anggun..aku suka gambar dia tp xdecide lg nak amik photographer mana..sbb nak bajet =)
andaq.storyofsouls.com/blog/?tag=ckin-anggun

Gambar pelamin n baju yg kitorg berkenan dlm hp mRNaz..update kemudian..

Terasa lega teramat bila da confirm..hehe..so nek tren pukul 230pm sampai jB 10pm akibat tren rehat hampir 1 jam kat gemas..apa yg aku dpt simpulkan time dlm tren>no high safety requirement<..diorg xcek pun kite bawak apa..kl org nak bawak bom pun bole..takut aku kl pk2 bnda gitu..aishshh..so..skrg kat opis tgh update blog..haha..besttnyer berjalan bersama MrNaz..=)







Tuesday, June 7, 2011

new friend..

Apa yg new friend nye ni?Sideswipe..MrNaz received dia dari pakcik posman this week. Katanya order dr eBay from Mr Tay.Dari Jumaat sampaila Isnin rasanya adalah 50x dia mengadu Hang Sideswipe ni tak sampai-sampai lagi..pening kepala dibuatnya..bagai menunggu girlfren yg tak jawab phone berhari-hari gayanya..At last Sideswipe sampai di pagi Isnin..Balik keje awal tu..sanggup!!dan yg paling best MrNaz memberi penghormatan pada saya utk buka parcel tu..heehe..bertambahla keluarga kami..erkk..hehe

MrNaz kata belum cukup korum..at least nak ada Papa Optimus kat situ..adoyaii..tipih-tipih..

Nasib baik SS ni hensem..kalau tak...aishhh

Sideswipe..welome to our world..=)

Watak sampingan~inilah gaya MrNaz sepanjang menunggu kehadiran SS di opis..n lihatla hp yg vibrate tu..mestila MsYana yg call nak tanya sampai opis kol bape..=P

Apapun..moral of the story pasal situasi ni: Hormatilah minat pasangan ada kerana setiap manusia ada minat masing-masing walaupun kdg2 kita rasa tak minat langsung dengan benda tu.lalalalala~..

Emak yg sy sayangi.=)



Nina & Aqilah with Nenek..syg u all..

Tuesday, May 31, 2011

Panda Vs Shen

Moral of the story~Apa yg penting adalah apa yg kita buat skrg dan masa depan..Jgn toleh belakang dan ingat benda2 lepas yg xd pekdah!!!!haha..

So,cite ni happy ending..i loikkeee...Scene pilihan hati:~
1.Time mak panda letak dia dlm bakul sayur (nangisshhhh..waaa)

Tomel kan panda..waa..tomel2..nak satu..=P
2.Suka time ni~
sangat menyeronokkan..yeahh..
3.Part paling kelakar!!!!..n paling comel....
kelakar bila diorg makan serigala2 jahat pastu keluar balik..haha..
4.Part time shen testing Gaye nak jumpa panda..pun kelako..=P

Kesimpulannyaaaa...best!!!..=)

Rasanya kena tambah lagi satu moral value>kena fokus time wat keje xle berangan..he

Thank to MrNaz kerana belanja sy..=)

Friday, May 27, 2011

Mimpi Ngeri Part2..

Saya mimpi Nenek kesayangan MrNaz meninggal..nenek kesayangan saya juge sbb hidup sy n MrNaz sentiasa diwarnawarnikan oleh seorg yg bernama Rasyidah..iaitu nenek Kami..dalam mimpi tu saya tak dapat menerima pemergian nenek sebab nenek sentiasa berdoa nak tengok saya n MrNaz kahwin..& dalam mimpi tu sy sgt risau siapa yg nak mengurus hidup MrNaz nanti..xtau nape sy sampai berfikir begitu kerana sy xnak MrNaz hidup kesorangan tanpa nenek..bila sy sedar saya takut dan terus berfikir dan terus berdoa..YaAllah,panjangkanlah umur nenek..sy syg nenek...mimpi hanya mainan tido Yana!
-Rasanya dah masuk 2 3 kali mimpi yg sama......Wallahua'lam

Wednesday, May 25, 2011

Addict of Roadbuster..



Dlm genggaman..
Yeahh..rumah baru..
Posing with new friend
Frenzy pun nak sibuk..=P

Monday, May 23, 2011

sy dan kursus perkahwinan..=)






Macam-macam ilmu dpt..tp banyak sgt smapai tak tau nak tulis yg mana satu..=P

Buta Hati~

Apabila kita lakukan maksiat 3 hari berturut-turut..hati akan gelap dan susah utk dapat cahaya lg..>buta hati<...masa tu hati da xrasa da benda tu mcm dosa..kita anggap mm biasa2 saja...insaflah wahai hati~

Alhamdulillah..

20 May 2011
Hari ni kerja asyik blogwalking..bolehla dikatakan mengulor sepanjang hari walaupun byk sgt ISO job yg pending..tp akibat tiada tekanan perasaan sendiri jadi semua itu akan diabaikan..next week aku akan buat transformation besar-besaran..blogwalking sambil melihat-lihat youtube about Lady Diana..setelah melihat-lihat hampir 10 video pasal dia..dia ngan beby2 dia(william n harry.wedding dia..kontroversi dia..n waktu2 terakhir dia..timbul perasaan indahnya hidup seperti dia..penuh kemewahan..mcm2 baju dia pakai..macam2 kemewahan dia ada..n betapa bahagianya dia bila dapat baby..tapi itu yg indah..yang tak indah?dia terseksa sebenarnya dgn semua keindahan2 tu..kemewahan yg tak menjanjikan kebahagiaan..kemewahan yg membuatkan dia mencari kasih syg sebenar..kemewahan yg membuatkan dia tidak mengenal diri sendiri kerana ditekan oleh pelbagai keadaan..kesian dia..


AKu bersyukur walaupun tidak semewah dia..alhamdulillah ketenangan tetap juga menyinggah walaupun ketenangan itu tidak selalunya kekal..nikmat Islam..nikmat Kasih syg insan2 disekeliling,nikmat dipermudahkan segala urusan..dan nikmat keluarga bahagia..nikmat kesihatan..nikmat dikurniakan pekerjaan yg baik..kawan-kawan yg menceriakan juga kehidupan yg selesa dan betul-betul sangat membahagiakan..Terima Kasih Allah atas nikmatMu..

Ujian-ujian hidup tetap perlu kita anggap sebagai nikmat tidak ternilai.Ia lebih bernilai dari nikmat kemewahan kerana dgn ujian Iman akan bertambah..InsyaAllah ujian aku yg terhebat setakat ini masih dapat aku kemudi dgn sabar dan tenang walaupun ia sememangnya cukup pahit..tapi hanya Allah yg mengetahui hikmah disebaliknya dan hikmah-hikmah itu telah ditunjukkan olehNya satu persatu..dgn ujian hebat..Kasih sayang tetap utuh..nilai kasih syg semakin bertambah..Alhamdulillah..MrNaz sentiasa menjadi peneman setia, sahabat susah senang bersama tetap sentiasa disisi..Aida..ALin..you are the Great Friends forever! n pastinya keluarga aku yg paling aku sayangi sentiasa menyokong..Itulah hikmah terbesar yg aku pernah pelajari dlm hidup ini..Terima Kasih Allah dgn Kasih Sayang itu..

ishkkk3...balik kerja..menjenguk Ayu Fatiha Nur Balqish Aziz..alhamdulillah Fatihah selamat kedunia.Kak Ina mengalami pelbagi komplikasi sebelum melahirkan..sebulan sebelum kelahiran, bayi tidak aktif and berhenti bergerak..masa melahirkan,10 jam menunggu 'jalan terbuka' dan ketidakpastian dr utk ceaser atau normal membuatkan keadaan lagi rumit dan akhirnya kak ina terpaksa melahirkan menggunakan forsep..yaAllah..hanya Allah yg tahu betapa peritnya keadaan yg terpaksa dia lalui..untuk menunggu selama 6 tahun pregnant..menunggu seorg baby perempuan,bukan mudah..Allah betul2 mguji kak Ina..

Betul!..untuk dapat sesuatu yg best dlm hidup kita mesti akan tempuh pelbagai kepahitan..itulah Hukum Alam..bukan senang-senang je nak dapat..

Alhamdulillah..Fatihah kini dah lahir ke dunia..cik yana syg dia..=)

Ayu Fatihah Nur Balqish Aziz tgh tido

Ayu Fatihah Nur Balqish Aziz da bangun tido>cik yana bising..bulattt mata dia=)

Dengan kasih syg..walau tidak semewah mana..dengan rezeki yang Allah kurniakan..engkau lahir untuk menambah kebahagiaan dan menambahkan umat Rasulullah S.A.W..Amin..

Friday, May 20, 2011

Mimpi Ngeri..

Malam tadi mimpi majlis nikah dah nak dekat..tp baru aku perasan takde dulang hantaran masa tu.mana dulang hantaran aku??aarrgghhh...

2 bulan lepas mimpi..nak bersanding tp baru aku teringat tak booking mak andam lagi..oh tidak..mimpi ngarutt!!!!

Mimpi itu mainan tido yana..wake up!!wake up!!..huhuhu..nasib mimpi je..=P..itulah hasilnya bila tido perut penuh..bantai ayam golek tak agak2..=))))>meningkatkan potensi kegemukan<

Ready for 2 days kursus kahwin..~

Thursday, May 19, 2011

Secret Recipy vS dip Flower..

Kengkonon nak buat petals dip flower..tp at last lepak secret recipy ngan kak long n budak2..happy sgt sbb jumpa diorg n of corse la sbb org blanja mkn..hahahaha>kejam<..

abg afif..
cute burger & nina
mama & doters
ngaumm
miss yana

Yummy~




Clip Art
Thank you Kak Long belanja makan...sayangggggggggggg kak long...=)

xsempat wat petals akibat kehabisan dawai...so hr ni men sambung2..jadi bunga..~


atoi!!sakit jemari2ku..target ahad ni akan siap 100 pcs for my pohor..arhhgh..mcm sempat>kursus kawin weekend ni<..lepaksss punye nt...^^*&^%&