Monday, May 23, 2011

Alhamdulillah..

20 May 2011
Hari ni kerja asyik blogwalking..bolehla dikatakan mengulor sepanjang hari walaupun byk sgt ISO job yg pending..tp akibat tiada tekanan perasaan sendiri jadi semua itu akan diabaikan..next week aku akan buat transformation besar-besaran..blogwalking sambil melihat-lihat youtube about Lady Diana..setelah melihat-lihat hampir 10 video pasal dia..dia ngan beby2 dia(william n harry.wedding dia..kontroversi dia..n waktu2 terakhir dia..timbul perasaan indahnya hidup seperti dia..penuh kemewahan..mcm2 baju dia pakai..macam2 kemewahan dia ada..n betapa bahagianya dia bila dapat baby..tapi itu yg indah..yang tak indah?dia terseksa sebenarnya dgn semua keindahan2 tu..kemewahan yg tak menjanjikan kebahagiaan..kemewahan yg membuatkan dia mencari kasih syg sebenar..kemewahan yg membuatkan dia tidak mengenal diri sendiri kerana ditekan oleh pelbagai keadaan..kesian dia..


AKu bersyukur walaupun tidak semewah dia..alhamdulillah ketenangan tetap juga menyinggah walaupun ketenangan itu tidak selalunya kekal..nikmat Islam..nikmat Kasih syg insan2 disekeliling,nikmat dipermudahkan segala urusan..dan nikmat keluarga bahagia..nikmat kesihatan..nikmat dikurniakan pekerjaan yg baik..kawan-kawan yg menceriakan juga kehidupan yg selesa dan betul-betul sangat membahagiakan..Terima Kasih Allah atas nikmatMu..

Ujian-ujian hidup tetap perlu kita anggap sebagai nikmat tidak ternilai.Ia lebih bernilai dari nikmat kemewahan kerana dgn ujian Iman akan bertambah..InsyaAllah ujian aku yg terhebat setakat ini masih dapat aku kemudi dgn sabar dan tenang walaupun ia sememangnya cukup pahit..tapi hanya Allah yg mengetahui hikmah disebaliknya dan hikmah-hikmah itu telah ditunjukkan olehNya satu persatu..dgn ujian hebat..Kasih sayang tetap utuh..nilai kasih syg semakin bertambah..Alhamdulillah..MrNaz sentiasa menjadi peneman setia, sahabat susah senang bersama tetap sentiasa disisi..Aida..ALin..you are the Great Friends forever! n pastinya keluarga aku yg paling aku sayangi sentiasa menyokong..Itulah hikmah terbesar yg aku pernah pelajari dlm hidup ini..Terima Kasih Allah dgn Kasih Sayang itu..

ishkkk3...balik kerja..menjenguk Ayu Fatiha Nur Balqish Aziz..alhamdulillah Fatihah selamat kedunia.Kak Ina mengalami pelbagi komplikasi sebelum melahirkan..sebulan sebelum kelahiran, bayi tidak aktif and berhenti bergerak..masa melahirkan,10 jam menunggu 'jalan terbuka' dan ketidakpastian dr utk ceaser atau normal membuatkan keadaan lagi rumit dan akhirnya kak ina terpaksa melahirkan menggunakan forsep..yaAllah..hanya Allah yg tahu betapa peritnya keadaan yg terpaksa dia lalui..untuk menunggu selama 6 tahun pregnant..menunggu seorg baby perempuan,bukan mudah..Allah betul2 mguji kak Ina..

Betul!..untuk dapat sesuatu yg best dlm hidup kita mesti akan tempuh pelbagai kepahitan..itulah Hukum Alam..bukan senang-senang je nak dapat..

Alhamdulillah..Fatihah kini dah lahir ke dunia..cik yana syg dia..=)

Ayu Fatihah Nur Balqish Aziz tgh tido

Ayu Fatihah Nur Balqish Aziz da bangun tido>cik yana bising..bulattt mata dia=)

Dengan kasih syg..walau tidak semewah mana..dengan rezeki yang Allah kurniakan..engkau lahir untuk menambah kebahagiaan dan menambahkan umat Rasulullah S.A.W..Amin..

No comments: