Saturday, November 26, 2011

Kita Hanya ada 1 Pilihan..ke???

Bagun pagi pukul 6.50..!arghhh..tak sedar apa..nasib nenek nak ke bank pagi ni uruskan perihal pencen arwah atok..lega lah tak payah masak untuk tengah hari..masak nasik masak air masak nasik goreng goreng telor goreng ikan masin nenek buat air teh bersiap ke office..sebab tak sempat minta khidmat suami ironkan baju..haha..tak tentu arah sejak mengandung ni..dah siap!..take a breakfast..ntah apa mimpi pagi tu mkn share 1 pinggan ngan abang..(romantik la konon padahal dah kelam kabut nak jimat masa basuh pinggan)..kikiki..salam nenek pegi keje...

sy : Abang, tak sempat tadi ucuk*(bukan nama sebenar..tehehe..) nak sapu dapur..
abg:xpelah..takkan nak buat semua mana sempat..kita kan keje..
sy: tapi....
abg: Ucuk pilih la antara 3..nak jadi isteri yg baik..cucu yang baik,,atau pekerja yg baik..
sy:nak tiga-tiga yg terbaik!

papp!!!sampai ke malam pk ayat yg sungguh fantastik tu..betul gak kata abang..tp terus teringat aku pada Dato' Rafidah Aziz yang pernah membuat kenyataan "toilet sy pun sy cuci sendiri bukan org gaji"..beliau masa tu cerita tentang wanita berjaya!..so sbnarnya mungkin..ups..memang pasti kita boleh buat semua serentak..!tapi memang sgt hebatlah kl baru 2 bulan kawin dah hebat mcm tu..takpe takpe,,2 bulan nampaknya dah ada improvement..insyaAllah ..mungkin sekarang kena pilih antara satu kot..tapi not forever la..nak pilih yg mana ek..yg mana ek...mestilah jadik isteri yg baik dulu kan..=)

Hari ni beli susu untuk completekan pemakanan baby..sy pilih EnfaMama kerana kandungan lemak paling rendah antara kebanyakan susu untuk ibu mengandung =)

http://www.meadjohnsonasia.com.my/products-services/enfa/enfamama-a-plus.aspx

and saya juga ambil Royalmix Zhulian sebagai tambahan di kala lapar di office =)

http://www.zhulian.com.my/royalmix02.html

Eksperimen dari kakak sy untuk anaknya yang ke-3...budak jadi bijak dan cepat matang!9 bulan dah taknak pakai pampers and boleh habiskan iqra' masa umur 4 tahun!..n kulit n mata yg cantik..=)

Arienah Nur (2 dari kanan)..anak Royalmix..=)
Yg lain pon comel n bijak2 juga =)

Surah-Surah Amalan Untuk Ibu Mengandung~

1.Surah Al-Fatihah ~ menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
2.Surah Maryam ~ Memudahkan bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat
3.Surah Luqman ~ Untuk memperolehi anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa
4.Surah Yusuf ~ Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
5.Surah Hujurat ~ Memperbanyakkan susu ibu dan anak lebih berhati-hati
6.Surah Yaasin ~ Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
7.Surah Taubah ~ Untuk membersih jiwa dan terpelihara dari maksiat
8.Surah An-Nahl ~ Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

InsyaAllah~

Tak dapat bayangkan ibu saudara mampu membaca ke tujuh-tujuh surah amalan ini dalam sehari..hasilnya anak sangat cerdik dan comel serta baik akhlaknya =)
InsyaAllah

Azkiah Thurayah Omar
My Cousin at 10 years old.

Thursday, November 24, 2011

Jari and Kaki sudah Mula terbentuk =)

Active cell developing.Kena makan makanan berkhasiat. =)
http://www.babycenter.com

Jgn lupa amalkan surah-surah terpilih untuk baby..walaupun hectic life ni sgt memenatkan, at least 1 special surah utk my baby..
224 days to go =)
http://1khalifah.wordpress.com/2010/02/02/surah-untuk-ibu-mengandung/

Kena contohi cik ila yg lahirkan anak dengan sangat mudah,cantik,bijak and wonderful bila dia amalkan 7 surah amalan setiap hari...wowww..setiap hari..
satu hari satu surah yg lebih 100 ayat memang sudah cukup menguji kesabaran bila dibaca bersama maknanya..
Kuatkanlah hati ku ya Allah..

go go go Yana!

Tuesday, November 22, 2011

My 7 Weeks Embrio

Tak sangka ia seawal ini..walaupun itulah harapan..
Alhamdulillah ya Allah atas kurniaan ini..

Alhamdulillah tiada alahan setakat ini..
Office pun dah dekat nak audit dan banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan..

Jadi Housewife separuh masa tapi tugas isteri sepenuh masa memang menguji mental dan fizikal di awal perkahwinan..+ stay dengan nenek..
(Al Fatihah utk arwah Atok Abdullah bin Abu Bakar yang baru saja meninggal dunia pada minggu lepas 12 Nov 2011)..
Alhamdulillah yaAllah walaupun awalnya agak stress mengurus semuanya dlm satu masa,kini sudah agak mudah..
Moga kekuatan ini berkekalan untuk aku berbakti pada insan-insan yang menyayangi diri ini =)
(Walaupun kadang-kadang rungutan dan air mata tetap jatuh..mana taknya..time anak dara semua mudah..fikir untuk diri sendiri je..mengada tak boleh susah sikit..lepas kawin automatik 360" org kata berubah..tapi perubahan yg membuatkan ++++kasih syg.+++ kekuatan.)..

dan demi untuk embrio ku tersayang..aku kena kuat..go go go..! =)



Unexpected & Unplanned

Hidup ini penuh dengan kejutan..
Kadang-kadang kita jangka..
tapi kadang-kadang terkeluar dari jangkaan dan perancangan..
Ramai manusia sangat kecewa, nangis,duka bila perancangan tak menjadi yang sepatutnya..
Tapi kesedaran tentang diri kita ini adalah makhluk Yang Esa dan sangat kerdil sangat perlu pada keadaan yang seperti itu..
Banyak hikmah yang akan kita dapati selepas itu..
Cuma kita perlukan kekuatan dan ketabahan yang bukan sedikit untuk menerimanya..
dan akhirnya kita akan tersenyum..
bila kita berjumpa hikmahnya..
menjadikan diri kita sedikit lebih berharga dari sebelumnya..

Kita hanya merancang tapi Perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya untuk kita..
Ya Allah kau kuatkanlah hati ini..
Kau Jadikanlah aku hamba yang sabar dan redha dalam setiap pemberianmu..
Terima Kasih Allah kerana aku kini telah tersenyum menerima hikmahmu..
Amin..

Sweet Memory..


I'll be yours forever.....
Selamat Diijabkabulkan pada 18 September 2011
Semoga Perkahwinan membawa kesempurnaan kepada kehidupan kita yg seterusnya hingga ke syurga ..Amin