Saturday, May 19, 2012

Kisah Alqamah..

Selamat hari Sabtu..


Shahdunya pagi sabtu di ofis ni..

teringat babak di rumah tadi bila saya dan hubby ingin keluar rumah.

Kesian nenek yang dah tak berdaya tinggal kesorangan.

Sempatla nasi dimasak, telor digoreng bersama ikan bilis..

(desakan nenek alasannya tak berselera + sy yg bangun lambat..ehe)..

syukur nenek masih diberi kekuatan berjalan dan uruskan aktiviti harian sendiri..

9 hr saya temani nenek sepanjang hari dan pastilah nenek rasa sunyi kembali bila sy kembali bekerja..(padahal kat rumah layan FB je..he)..

hubby plak kena kerja hari ni ada projek baru katenye.kenalah kerja lebih masa.

hidup perlu diteruskan..hanya masa yg menentukan.

Moga nenek dilindungi sepanjang kami tiada..

Umur nenek pun dah dekat 90..

Anak nenek yg sorg pun dah tak berapa sihat lagi utk menjenguk nenek selalu..

takpe nek, nanti saya pun akan tua mcm nenek juga..

Dan mana tau saya juga akan kesorangan kelak di hujung usia..


Doa saya,

In case anak-anak menantu sy kelak sibuk bersama keluarga mereka,

(if ada rezeki beranak menantu)..

Moga saya ada cucu mcm cucu nenek yg sorg ni..

(tak bole tahan ni air mata dah meleleh..) T_T

Dan sy sgt bersyukur sbb cucu nenek tu hubby sy..

Alhamdulillah..
(emosinya..emosinya..aarghhh)

nak balik pelok hubby kuat2..he
-lap air mata-


Hari ni google pasal ibu mertua..

Terbaca plak kisah Alqamah..

walaupun entry ni mungkin hanya 5% melibatkan ibu mertua,

Tapi 5% mampu memberi effect jelas utk kita ni jadi menantu derhaka..

Menantu derhaka ni sama level ngan anak derhaka..
Sebab dalam Fekah, Mertua sama level ngan ibu bapa kandung sendiri.

Bila sebut Alqamah mungkin kita tak kenal..tak ingat..tak pasti..

Yg mana ek??


Tapi ingat tak kisah seorang lelaki di zaman Rasulullah yang tak bole nak mengucap masa dia nak meninggal sbb derhaka pada ibunya?..Ya Allah,dijauhkan..

Itulah dia Alqamah.

Dia lebih utamakan isterinya dari ibunya.

Ibunya kecil hati sejak dia berkahwin kerana dia terus mengabaikan ibunya..

Kerana terlalu susah nak mengucap Lailahaillallah ketika ajalnya menjelma,
Sehingga ibunya hadir menceritakan pada Rasulullah yg dia berkecil hati pada Alqamah,

Rasulullah meminta ibunya segera memaafkan Alqamah supaya dia mudah untuk pergi.

Namun ibunya enggan.

Rasulullah meminta para sahabat menyediakan kayu api untuk membakar Alqamah,

Kerana adalah lebih baik dia dibakar di dunia daripada diakhirat.

Mendengarkan perkara itu,

Ibu Alqamah segera memaafkannya..

Dan Alqamah boleh mengucapkan kalimah Tauhid dan meninggal dunia..

Sesudah dimandi dan dikafan dan dikebumikan,

Di tepi kuburnya,

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Wahai Kaum Mihajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya"-Hadis Riwayat Abu Al-Laith


So,ingatan kita bersama,

1.Jangan derhaka pada ibu bapa.Kalau marah pun tegur dengan lembut dan bersopan santun.

2.Selalu ziarahi mereka semampu bole. Tak tau sampai mana usia kita.Ajal bila-bila.

3.Jgn lupa ibu bapa mertua hukumnya tetap sama. Saya ingatkan diri sy dan kawan-kawan, selalu selalu ingatkan hubby call or balik kampung rumah ibu bapanya sbb org lelaki ni kdg2 lupa.Jangan plak jeles kl hubby lebihkan familynya (walaupun jeles..positif positif..)..kita dah hari-hari dok bersama dia..bagilah can!

4.Sama-samalah kita ingat mengingati antara suami isteri..


Cakap memang senang kan tapi anggaplah ianya memang senang,

Bila kita fikir senang semuanya akan smooth je..

Tak guna nak serabut-serabut..baik layan Desperate Housewife ke..layan upin ipin ke..bole gitu?haha..







Jangan plak cocok mata ngan garpu mcm Kasim Selamat ni..ehe..baik cocok lidi satay ngan daging barbeque lagi best..=P



*Kisah Alqamah ni sekadar renungan utk diri sendiri dan kawan-kawan =)




































































































































No comments: