Friday, June 8, 2012

Mari Renungi 10 Wasiat..



Salam Jumaat.




10 wasiat Imam Syahid Hassan Al-Banna



As-syahid Imam Hassan Al-Banna



  • Jika anda mendengar azan, segeralah lakukan solat walaubagaimanapun kesibukan anda.-Selalu je saya ni tangguhkan solat.aduh.lemahnya iman.lagi-lagi bila kat ofis.Mana tidaknya,surau ofis di tingkat 19,saya duduk dilevel 18.-alasan-huhu.kl kat rumah tu slalu subuh isyak la kan problem.Subuh,nanti-nanti..last-last dekat pukul7 baru sibuk nak solat.apa la nak jadik..tapi slow2 improve.Alhamdulillah sejak preggy ni slalu baby kejut awal.kol5 mata dah tak bole tutup da terkebil-kebil.haha.Hubby plak rajin plak puasa bulan rejab ni.so,memang bangun awal nak preparekan lauk sahur dia-slalu maggie je-ehehe.Isyak,pastinya kena terus solat lepas magrib.lepas mgrib bole la layan-layan sikit surah utk baby dengan sambung ngaji yg alahai slownyer nak mengkhatam.asik juz 9 tak anjak-anjak.haishh.tapi sejak masuk 16 weeks ni asik nak terkent** je nak tgu isyak..tu yg slalu jadi penghalang tu-alasan- lg!..last2 solat kol 2 pagi!


  • Bacalah Al-Quran, lakukan pengkajian, dengarlah pengajian atau berzikirlah. Jangan sia-siakan waktu anda untuk persoalan yang tidak berguna.Layan blog,FB,movie,cerekarama TV3 memang rajin.Aduhai Hedonisme.Baca quran 1 muka surat dah tertutup2 mata.sob sob.

  • Berusahalah membiasakan berbicara dengan Bahasa Arab Standard (fusha) kerana ia merupakan salah satu syiar islam.Dulu memang time sekolah agama bahasa arab yg slalu dapat markah paling rendah.aishh..siap meniru-niru lagi.kehkeh.Pekse darjah khas pon cukup-cukup makan je lulus Bahasa arab.Kekadang layan kat IKIM yg pepagi tu-Mari pelajari bahasa arab..bahasa indah..bahasa Al-quran..mari pelajari bahasa ini..bahasa yg suci dan murni-yg ni bole plak hapal!..-pun dah terbelit-belit lidah..mcm mana yer ni nak jawab kat akhirat nt.Moga Allah mengasihi hambanNya yg serba lemah ini =(


  • Jangan banyakkan perdebatan dalam semua urusan walaubagaimanapun keadaanya, sebab pertengkaran itu tidak akan mendatangkan kebaikan.slalu bab2 debat ni pasal ape ek zaman skrg ni.pasal politik kan??ehe.sorryla.sy pihak berkecuali.muahaha.Tapi kl debat lain..ngan hubby..ngan akak la slalukan nak menang je.Last2 diri sendiri yg kememeh nangis.huwaarrgghhh



  • Jangan banyak tertawa kerana org yang selalu berhubungan dengan Allah bersifat tenang dan selalu serious.Nasib bukan peminat tegar Raja Lawak,maharaja Lawak dan seupama dengannya.Just gelak2 mcm taknak gelak la kan bila dengor yg kat era tu sebab amik hati hubby kena gelak gak kan..ahahhaha



  • Jangan banyak bergurau kerana umat yg berjihad hanya mengenal keseriusan.-Gurau-gurau manja selalu la ngan hubby.Gurau-gurau melampau ngan kelik ke ape ke jarang sbb mmg jarang bercakap kat opis.Gurau melampau ni slalu ngan anak buah je..he



  • Janga bersuara keras melebihi yang diperlukan pendengar kerana hal itu selain menyakitkan juga termasuk perbuatan bodoh.
  • Susah skit nak buang perangai nyempreng ni..dah memang keturunan ckp kuat2.penah ckp slow2 ngan mak,mak kata-macam cakap dlm kelambu-haha..hubby ajar teknik cakap slow.-G tone..sebut huruf GGGGG..


  • Jangan mengumpat seseorang, jangan merndah-rendahkan lembaga Islam dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan.erkk..perlu hati2 sbb kdg2 tersasul bicara.



  • Berkenalanlah dengan saudara dan teman-teman yang anda jumpai, meskipun anda tidak diminta memperkenalkan diri. Sebab dasar dakwah kita adalah kasih sayang dan persaudaraan.Kl dengan org yg slalu jumpa time tgu hubby kat layby time balik opis tu kena gak ke?alahai..kelemahan menegur org ygtak kenal walaupun sy murah senyuman.Tapi skrg slalu org serious je kan straight je tak de senyum2 pon..tu yg malas tu.



  • Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yg anda miliki. Maka bantulah org lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau anda berurusan, persingkatkanlah pelaksanaanya.Ha..yg ni memang terus ingat pasal keje ni.yg geramnye tak cukup lagi ke nak follow up berpuluh kali takde feedback gak.nt bila da time meeting sibuk masing2 nak hentam department digemari ramai ni-ISO-haha.tau la ramai og tak suka ngan dpartment sy ni.tp,kerje tetap kerja kan kena settlekan.korg nak keje korg cepat settle,abis sy???so,pleasela bagi kerjasama.bukan susah sgt pun nak isi performance form.bantai je lakan bagi rating.pastu pass balik kat saya.susah ke??susah ke??adeh..kan da teremo pepagi jumaat ni.Nak marah bukan org muda2 dah 4 5 dekad masing2..haishh..tau la saya baru 2 dekad.he.tp tak tau la kan diri sendiri ni ada tak meleceh2 submit report kat bos.normally ape yg sy dpat tu la yg submit kat bos.Alhamdulillah dapat bos yg sgt baik hati =)

*kesimpulannya..sama-sama kita improve diri masing-masing.Skrg ramai yg pertikaikan sana sini tak bagus..kepimpinan ni tak bagus..kepimpinan yg tu kuku besi..aduhai.Sebenarnya tu semua titik tolak dari diri sendiri.Kena ingat selalu umat dibentuk oleh keluarga dan keluarga dibentuk oleh individu.Kita improve n perbaiki dulu diri masing-masing kl dah yakin perfect baru la sibuk-sibuk hal org lain.Nasihat utk diri sendiri juge.




2 comments:

CikRose said...

alhamdulillah..dpt input bermanfaat kt cni..sama2 perbaiki diri..huhu..

Riana said...

tu la..byk nak kena betulkan diri sendiri ni kan =)