Wednesday, April 24, 2013

Aisyah Dhaniyah 5 months!

Assalamualaikum..

23 April 2013 genapla Aisyah Dhaniyah kesayanganku itu 5 bulan!

Pagi td checkup :

Berat 7.5kg..bambam kan..

Bila nurse tanya minum susu ape..aku jawab je susu badan..heee..sebab dari hr sabtu Aisyah fully bm.Alhamdulilllah..bole gitu?ihiihii..skrg Aisyah still 90-99% bm..aku kena gigih..skrg ni dia dah mula kurang bergayut mlm2 jadi bolehla aku mengepam mlm2 di samping stok yg aku buat time keje =)..kan sblm ni Aisyah ada situasi skit ngan poo poo dia kan..lepas bagi dutch baby dah ok bole berak hari-hari or 2 3 hari sekali..tp bila fully setakat 4 hr ni mmg xberak..heee

Setakat 5 bulan ni,Aisyah membesar seperti kanak-kanak sihat yg lain.Graf pertumbuhan normal..

Dah mula pandai membebel.Sebelum ni mmg xclear kan yg dibebelkan..ewek uewek..aaaa...uuuu..tu je kan..skrg da d butir skitla..paling lawak hrtu aku dengor dia menjerit - nak tek aku..-lawak..

Sekarang menyembur prrrrssss kat mulut tu..sblm ni sembur sikit kan masa awal 3 bulan hrtu..yang ni mmg dia main2 sembur cam platipus tu..ahaha..bila boring dia akan buat gitu..kdg tgh nyusu aku dengki lepaskan cik b dia akan buat gitu..haha..atau adekah ini petanda.-keguguran rambut gelombang ke2-..kihkih

Cabaran semasa nak pakaikan pampers sudah bermula..apetah lagi nak bersiap bila lps mandi..mcm belut !..nak dia diam perlulah menyanyi..setakat ni maknyer ni dah mcm2 lagu da dicipta..haha

Dah pandai toleh kl panggil nama dia..Pastu pantang tgh mnyusu ada suara atau bunyi-bunyian..mesti nak toleh..lagi2 suara babah n nek mama dia..geram hokey.sebab?sakit cik n dipintal2 hokey..ahahahaa..bila wat tandem dia tgok aku ngan muke pelik..ape benda aje yg ngek ngek ngek kat tek sebelah..hahah..adegan jerit menjerit kesakitan mama dia ni dah jadi aktiviti rutin la..dia ketawa sengih2 bila aku jerit..hahahaha..bertuah punya anak..syg aisyah!

Setakat ni baru nak angkat2 montot..berguling sekali dua..duduk dgn disokong..hrtu saje survey bumbo seat tu kan..xdela aku ni nak beli pun..bila masukkan cam terseksa aku rasa anak aku duk dlm tu..yela..kata bambam kan..nak lepaskan peha dia tu kena tarik depan tu ngan bersungguh2..


muat-muat montot..haha..
Pastu kami survey walker..bukan main suker lagi dia..tapi tak taula lg sbb rocker yg ada pun aku jarang guna..tgok mana yg aku rasa perlu baru aku beli..kang tak pasal2 sesakkan umah je semua benda tu..ihihii

JOm layan picture dak 5 bulan masa nak kena inject...


muke monyok sbb time tido kan..

babah kiter manerrrrrr..?/??

En Hubby memang tak pernah lagi ikut g checkup Aisyah setakat ni..selepas start tmpat baru ni mmg aku sendiri taknak dia slalu cuti sbb jaga performance kan...xpela..aku nak jadi supermommy gak..uhuk

Taktik aku bila g KK ni, lps register nak tgu kan lama,aku bersenang lenang la kat nursing room yg ada aircond..hahaha..aisyah takla berpeluh2..

Skrg mlm agak bahagia la utk tido..adela sekali dua Aisyah bangun nak menyusu..tu pun kejap je..

Dah mula nak ngan mak nyer ni jer..pantang nampak mesti terus wekk wekkk nak kat maknyer ni...

Sayang Aisyah Mama..semoga membesar dengan sihat yer..Mama sentiasa doakan yg terbaik untuk Aisyah Mama ni..jadi anak solehah hormat org tua =)

*mood berkobar-kobar nak bagi Aisyah mamam next month..
*baru terhegeh-hegeh nak buat pp semula..hihi

Monday, April 22, 2013

Reunion Southern Region 5 sc 4 MRSM Muar batch 2001/2002

Assalamualaikum..

skema giler tajuk..haha

Mari jumpa classmate zaman persekolahan..

Jumpa kat Singgah Selalu..order masing2 je sambil lepak2 minum petang =)

Masing-masing dah jadi mak org lepas 11 tahun tak jumpa....haha

Tak lupa juga yg masih dlm aura honeymoon lagi..iihi..yer dok cik aida..

Walaupun tak cukup korum aku sungguh gembira sekali..

Walaupun mereka2 ni takdela 11 tahun tak jumpa..

Penah gak jumpa-jumpa sebelum ni..

Sbb yang 11 tahun semua stok2 KL sana...

InsyaAllah ni adalah batu loncatanla sgt utk reunion yg akan dtg..

Katanya nak buat kat Melaka..

sgt2 tak sabar..

Kami..after 11 years

Aisyah muka serius..

Para ibu..anak masing2 dah exhausted..

aku sangat gembira!

Saturday, April 20, 2013

Cerita Tentang Nenek #3 - rahsia demi rahsia

Assalamualaikum..

Mari sambung cerita..

Pe pulak yg rahsia demi rahsia ni yek..hihi..

Ok..berbalik pada kisah sebelum ni, mmg untuk duduk bersama orang tua bukan mudah.
Alangkah dengan mak bapak kita yg hanya berbeza 2 generasi pun kita kdg2 rasa rimas.
Inikan pula berbeza 3 generasi..maunye idealogi dan cara hidup sangat-sangatla berbeza.

Peh..masa mula-mula kawin kan,nak feeling2 dating, kononnya nak mkn kat luar la kan..
Tak de maknanya semua tu..kami perlu balik rumah hokey..kalau tak siapa la yg nak masakkan sediakan lauk pauk untuk nenek n atok..beli?ape diorg nak makan lauk beli?hahaa..walaupun aku ni masak tak la sedap pun tp mcm tabu la kl asik keje nak membeli..sudahnya kami berdating kat rumah la tiap-tiap malam..sampaikan nak gi honeymoon we all pending-pending sebab fikirkan siapala nak menjenguk diorg kat rumah...tak pela..jimat duit takyah berhoneymoon -ayat redha-

Lepas arwah atok meninggal lagi kecik langkah kitorg sebab nenek takut duduk rumah sorg2..so..memeraplah kami kat rumah jer..hewwwwww

Berbalik kepada tajuk..-ape la aku ni asik dok sebut berbalik-balik ni..haha-
Rahsia demi rahsia..jeng jeng jeng..ape lagi yg rahsia no konon sgt tu..haha
Sebelum membebel meleret-leret lagi marilah aku ceritakan dulu satu kisah ini.
Sebenarnya nenek bukanlah nenek sebenar hubbyku..Nenek adelah nenek saudara beliau.
Mama dilahirkan kembar...jadi,arwah atok hubby memberi mama kepada kakaknye iaitu nenek..
Maka dibesarkanlah mama oleh nenek dari bayi hingga dewasa..
Bila Hubby lahir,nenek pun menjaga hubbyku semasa bayinya..dan menjadi cucu paling febret sebab..ntah..sebab nenek masak sedap kot pastu syg hubby giler2 masa kecik..hehe
Sape la tak syg cucu oiii...

-ele-xrahsia pun-..haha

Betul..cerita itu nampak simple..tapi bagi aku banyak kesan dan akibatnya..

Disebalik rahsia itu pula..secara biologinya..

Nenek mempunyai seorang anak lelaki..yang kami panggil paklong..dan paklong mempunyai seorang isteri yg kami panggil maklong. Maklong dan paklong mempunyai 4 org anak.Ini aku akan cerita di entry seterusnya..In sya Allah.

Kenapa bukan anak paklong yg menjadi cucu febret nenek???hehe..entry seterusnya ok...

Da macam cerita sejarah Tun Teja pulak kan..keh keh..

Ok..meh cerita dulu pasal kesan dan akibat yang aku katakan kat atas tu..

Mama hanya mengetahui yang dia di'angkat' oleh nenek semasa beliau sudah beranak 3.
Macam kisah cerekarama la pulakkan..hubby kata masa mama tau mama sangat2lah tak boleh menerimanya.Tapi dah nenek yang memelihara dan membesarkan mama,maka sayang itu tetap ada.
Mau tak sayang..nak masuk neraka?
Termasuk juga hubby,tak percaya itu bukan nenek dia secara biologi..dia sgt2 tak mempercayainya..-apelah org semua tu kata nenek bukan nenek ujang-..shahdu kan dialog ni lebih lebih lagi bila yg sebut budak kecik.. ..yer..dialog masa hubby dapat tau yg mama adelah anak angkat..tapi tetap dikira anak sedara kan..tak la jauh pun..nak buat camne dah kalau tu hakikatnya..kena redha..

Bila mempunyai keluarga angkat..keluarga sendiri yg memang mengenali antara satu sama lain,sebenarnya agak membingungkan..keluarga biologi akan tetap menganggap tggjawab perlu dilakukan oleh anak-anak..dan keluarga angkat plak tetap menyatakan aku yg bela dia..

Mcm mana hal ni bole berlaku?

Bila mana kedua-dua org tua telah tua dan memerlukan perhatian anak-anak.

Mujurlah mama mempunyai adik beradik (biologi) yg ramai..maka kuranglah tgjawab mama disitu.Cuma biasala bila mana ada pengaruh luar yang suka mempertikaikan kredibiliti mama..aku ingat lagi masa raya..biasanya time pagi raya selepas bersalam dan kunjung mengunjung ke rumah sedara yang dekat-dekat,mereka akan pulang ke rumah 'nenek sebenar'..tapi kan nenek dah tak larat..dah tua..sanggup ko nak tinggalkan dia sorg2 pagi-pagi raya tu?Tiba-tiba ada yg mempersoalkan kenapa mama tak balik rmah ibu sebenarnya..padahal soalan tu tak perlu sebenarnya nak tanya kenapa kan..hangin gak aku masa tu...aku pulak yg hangin..dahla aku hangin tak dapat nak keluar berjalan-jalan sbb kami adik beradik tak tau nak kemana bila mama kena jaga nenek dan kami semua memerap kat rumah..pagi raya kan..mestilah berjalan tol tak..tapi nak buat mcm mana nenek sakit..duduk je la rumah..masa ni la kesabaran ko sgt2 diuji ape makna sebenar menjaga org tua!..eh...ter emo plak dah...hee..geram kot tak dapat bersuka ria..padahal masa tu aku da 7 bulan pregy..ada hati nak merayap2..ahha..geram marah rasa nak marah nenek..tapi bila difikirkan semula..cube aku kat tempat nenek..sanggupke nak duk sorg2 kat rumah pagi2 raya?..yela..redha..

Perihal pihak luar yg marah2 mama sbb tak balik rumah mak sebenar..Yang aku peliknya pihak luar tu yg sibuk-sibuk no..padahal mak sendiri pun tak kisah..memahami...

Tapi aku tau dibalik memahami tu terselit juga rasa hati nenek 'sebenar' hubby aku tu..yela..dahla mama anak perempuan sulung..maunye tak sayang..nak buat mcm mana dah suami yg 'memberikan' anak itu kepada kakaknya..redha je la..insyaAllah dpt title isteri solehah kan..dan alhamdulillah mereka dikurniakan 6 anak lagi selepas itu..ha..tgok..bagaimana Allah memberikan rezeki..kita bagi sorang anak kita kat org,Allah bagi lagi 6..=)

Sepanjang masa setakat ini hubby adik beradik tak pernah bermalam dirumah nenek sendiri..ko rasa nenek tu kecik ati tak..puncanya..nak menjaga hati Nenek..sensitip kot..sampaikan kl nak bercerita pasal nenek 'sebenar' ni kena berbisik2 sbb takut nenek jeles n kecik hati..hati org tua jgn sampai terkecik tau tak...besar bahananya..

So,utk menebus segala cerita itu,mlm ni kami akan bermalam di rumah nenek hubby yg sebenar..tanpa org lain...aku hubby dan aisyah dhaniyah...kebetulan semasa entry ini ditulis...

yeahhhhh..balik kampung...oooooo...balik kampung....

**bila kami berkahwin,sehelai demi sehelai lembaran keluarga ni telah aku buka..walhal hubby tak pernah tau tentang itu semua..tapi aku akan jadi org yg mula-mula tau tentang segala mcm rahsia...ssshhhhh..haha..misteri nusantara...=P

**entry ini ditulis untuk dijadikan pengajaran..hormati dan sayangilah ibu bapa kita..nt sambung lagi..





Pertama kali Aisyah Dhaniyah ke kedai buku..

Salam..

Sabtu lepas kami bertiga ke Aeon Tebrau City..

Katanya my hubby nak cari buku law pasal arkitek kat Harris tu..ntah buku ape katanya..

Aku pun memang suka sesangat kalau nak melepak kat Harris tu..

Memang ada satu ruang tuk kanak-kanak berjimba-jimba kan..

Bila masuk mr hubby tu terus la mencari buku yang dicarinya..

Dan aku pun terus terjah ke ruangan kanak-kanak tu..

Peh..kelam kelibut aku tgok dengan buku bersepah...grrr..

Gitulah rakyat Malaysia,,da baca pleasela pulangkan ke tempat asal hokey..

Katanya nt staff Harris takde keje..wekk...ok..berenti membebel..

Aku siap bole tertinggal kamera kat situ..nasib takde yang amik..nama pun murah kan..haha

Pastu akibat Aisyah wek wek wek tak senang duduk aku..

Dia nak pegang buku-buku tu..

Habis plak koyak kang..uhuuhhuuu...

Untuk elak risiko aku pun berlari-lari anak sambil menggendong Aisyah mencari daddynyer..eh..daddy plakk??hah

APe lagi terus la so daddy amik gambar kami..

Muke jakun nampak buku byk2..hee

sibuk nak capai buku..tak mau pegang.

nak jugak nak jugak tak kire..

gegar2 punyela ligat..

ape amik2 gambo kiter..haip..muke monyok nak nenen..

muke monyok xdapat beli buku..haha..





Lain kali pegi lagi..tak sabar tunggu Aisyah pandai selak-selak buku =)

Friday, April 19, 2013

Cerita Tentang Nenek #2 - syarat-syaratnya..

Salam..

rentetan dr kisah ini..
Lama sungguh aku tak bercerita pasal ni..
Tentang nenek kesayangan..
Betul..nenek kesayangan suamiku..tapi ntah mcm mana aku pun rasa ni lah nenek kesayangan aku..kalah nenek sendiri..

Sebelum kahwin..memang aku bodek ngorat habis nenek..
sampai nenek betul2 suka kat aku..
happy giler bila tau nenek suka aku kl kahwin ngan hubby masa tu..kahkah..poyo..

Pendekkan la cerita ko ek..
heheh

Lepas kahwin,menetaplah aku bersama hubby dirumah nenek akibat insiden cari rumah sewa bagai yg aku dah ceritakan dlm n3 sebelum ni.Yup,sebelum buat keputusan tu,mmg aku dah menyediakan hatiku ini kekuatan mental dan fizikal..aku tau..org kata..jauh wangi..dekat busuk kan..ha!..rela tak rela xd choice..duduk la situ sementara..(sementara ke??)..hehe

Lepas tu kami memulakan hidup la sebagai suami isteri..mcm biasa..pegi keje balik keje..Pagi2 aku akan masakkan nenek n atok sblm g keje..gigih tau..mcm tu la kehidupan aku..aku buat je la yg terbaik.Cuma dari awal aku da sedia maklum.aku kena ikut segala undang-undang kat rumah nenek la...

Antara undang-undang dan cara mengatasi emosi aku :-

Ko tak bole balik rumah lambat..mesti sebelum magrib dah kena ada kat rumah.
Korg rasa korg bole buat tak??mesti susah kan..itulah yg berlaku pada aku..aku sgt-sgt stress pada mulanya..gile ko tak bole keluar mlm2.tapi aku dah belajar benda ni sblm aku kawin lagi..sudahnya selalu la hubby aku yg jadi mangsa kena marah ngan nenek semata2 nak berdating lepas keje..huhuuuhuuhu...tensen ko..tapi untuk menjadikan keadaan positif, aku ngan hubby kena susun masa betul2 kalau2 nak buat pape lps keje..paling lambat make sure 630 mesti dah kena ada kat rumah..Jadinya segala shopping moping silala buat masa weekend.Pastu aku pujukla diri aku sendiri, kl tak keluar takla banyak duit habis..positifkan diri..mmg memerlukan kesabaran yg sangat tinggi..Sudah tu plak,akak aku kan dduk dekat je..lepas kawin diorg selalu ajak2 dtg rumah dorg makan2 tido sana..tapi ko hengat aku ngan hubby aku bole suka-suka nak tido sana sini?tak merasalah ko..patutnya da kawin bebas la kan suka hati ko nak g mana2..tapi bukan bagi aku dan hubby aku..mmg byk dah air mata aku menitik pasal benda ni..yela..aku ni dahla jenis ligat masa anak dara dulu kesana sini sesuka hati aku..tetibe kena sekat pulak lepas kawin..tak merana ??haha..

syarat lagi...

Ko tak bole tengok tv.Lepas berita silalah tido.Silalah off lampu semua!..Ada berani??
Nasibla aku ni bukan kaki drama,kaki sinetron bagai semua tu..dan apetah lagi kaki astro..kami mmg takde astro.puncanya..tv bukanlah kegemaran aku yg utama..jadi,syarat yg ni takde hal bagi aku..hubby plak mmg tak layan tv...dia hanyalah si peminat dvd dan internet explorer..ahhaha..Tapi bila sampai situasi ko kena bangun malam-malam basuh pinggan or basuh baju malam2,atau saje nak lepak-lepak dok dapur mkn-makan sembang sembang pun tak bole da jadi satu masalah la bagi aku..Mcm mana aku positifkn benda ni?ye..akulah yg kena adapt..nak ubah seseorg yg dah 90 tahun hidup ngan cara mcm tu senang?so,aku la yg baru hidup 27 tahun ketika itu kena berubah!kena ikut peraturan..Jadinya,bilik kami yg kecil tu la jadi lokasi untuk semua aktiviti..termasuk makan desert,tgok tv,main keretapi (ya..kami suka kumpul mainan)..dan pernah sekali aku buat kek dlm bilik..cayer??haha..itulah namanya positif..akhirnya jadi bahan yg buat kitorg ketawa..cuma basuh baju belum pernah lagi..mana ko hangkut air masuk bilik??hahaha

Korg yg baca ni jgn ingat ni cerita rekaan zaman batu..ini adalah cerita di zaman sekarang masa tahun 2012 yg lalu....

Ni aku baru cerita benda yang bole la ko positifkan diri ko..tp ada cerita yg ko rasa susah nak positifkan diri ko...tapi positifkan jela kan..kang tak positif rasa mcm nak lari pun ada.tetttt..haha

Kalau korg berada ti tempat aku korg bole hidup tak??bole layan tak??haha..aku tabik la kl bole..sedangkan aku pun rasa2nya tak boleh ko tau tak!

Tapi ada sebab kenapa aku dan hubby sabar..layankanjerrrrrr........

bersambung..mood ke laut..mood ke darat kang aku sambung lagi..







Thursday, April 18, 2013

Lunar New Year Dinner..peh..basi gila entry..

Salam..

Kata pun 'untuk tatapan di masa depan kan'..haha

bosan-bosan kat opis ni-bole plak ko bosan ek,keje melambak kot-
aku pun godek-godek folder picture jumpa plak gambar dinner company..
aku pun tak penah citer pasal ni kan..

Company aku kire besor gakla kan cuma besor dikalangan kontraktor2 je la bukan dimata dunia..bhahaak..
Event ni mmg dari awal sampai akhir cakap cina ok sebab nama pun company cina..maknanya aku kena g amik kursus bahasa cina okey..hee..

Tapi serius tahun ni nye mmg aku tak bole blah ngan event dia..

Bagi aku pelawak yg diorg jemput tu agak kelapanbelas-es-ex-nye lakan..menyampah..

Tahun lepas aku boring sbb tak dapat hamper..pastu dr awal sampai akhir org yg sama dok nyanyi menari..haihla..

Senyum dlm keboringan sebab terpaksa tinggal laki sorg kat umah..haha

Klik2 opis..rasa berani pakaila seksi2..ahaha

Tgokla tu diorg dpt hamper..siap periuk nasi lagi..aku?nan hadoo..='(


Tahun ni plak aku boring sebab lawak murahan tu..pastu lauk xbest..tapi at least performance dia xla sama cam tahun lepas..lagi buat aku boring,aku kena tinggalkan anak aku mlm2..ha..taun lepas tinggal laki..tahun ni tinggal anak lagi seksa..mmg tu la yg paling memboringkan..

Layan gambar tahun ni..

Ngan awek2 chinese company aku..masa ni aku br sampai..aku sampai lambat.
Ni gang2 tahun ni..gang tahun lepas 2 org da resign..bulat tak aku..baru naik keje time ni lps pantang..

Masa dinner ni aku hantar Aisyah kat rumah mak aku tau kat kota tinggi..

Pastu aku ulang alik jb semata2 nak letak Aisyah rumah mak aku..taknak nyusahkan bs Aisyah..

Pastu memang kelam kabut..aku sampai lupa bawak pump time ni..

Sudahnya aku engorged masa nak balik tu..peh..sakit giler..masa dlm keter tu aku marmet je..dahla takde bekas..aku marmet skit n buang gitu je..syg sgt..

Nak buat camne..jgn lupa bawa pump lagi lepas ni yer walau dimana anda berada..heeeee...

Dinner tahun depan ntah mcm mana..silap-silap dah de org ke4 puler...miahaaahaa..

**tudung yg sama..kahkah..yg kali ni aku dpt hamper..tp yg xbestnyer set ginseng bagai tu..adehh..tak bersyukur ke aku ni??haha


Wednesday, April 17, 2013

Selsema..

Assalamualaikum..

Hari ni aku selsema..

Memang pening ar kepala kan bila lepas makan ubat selsema..

Kl kat rumah lama da aku tido..

Tp bestnyer selsema kali ni tak tersumbat hidung..

Ni semua gara2 encik suami yg selsama dulu..

Dah la balik keje semalam aku ngan Aisyah sekali selsema..

Aisyah mmg la tak lena tido dibuatnya...tp aku rasa bukan sebab selsema..

Sebab growth spur (betul ke aku eja ni)..haha

Nak melekat je mlm2..sakit tulang belulang tp anak punye pasal layan kan ajer..

Cian tgok bila Aisyah asik bersin2..tak kisahla asal hidung dia tak tesumbat..bole senyum2 lagi..

Kl Idung tersumbat memang lagi seksa aku tgok dia..cian baby mama..

Ni lepas aku mkn ubat selsema 2 bijik cam da kering..xsabar balik jumpa Aisyah..harap baby mama ok2 je

kat rumah maklong..cuma pesan maklong pancit ubat selsema tu kat idung..

Aisyah lepas pantang masuk 3x da selsema..tp xpenah demam..

Ada cara tak nak elak senang kena selsema utk bayi selain cara "hindarkan diri utk mencium bayi anda"..

Cara tu mmg tak bole digunapakai oleh aku dan suami..=)

*Twin kawan en.hubby dimasukkan ke wad icu sebab adenovirus.Nasib sorg da keluar..harap-harap cepat sihat..kesian sgt si kembar comel tu..dan harap selsema aku anak beranak ni virus selsema biasa..

Tuesday, April 16, 2013

Mimpi Abah Pergi..

Salam..

Ni update cerita yang tak berapa fresh la ni..tp rasanya tak basi lg..he

Haritu aku pun tak ingat hari ape..rasanya jumaat lepas kot,aku mimpi abah aku yg tersayang pergi buat selama-lamanya..

Sedih giler masa dlm mimpi tu...

Pastu aku tersedar..aku sedih giler sgt2..

Dahla aku baru post n3 ni minggu lepas gak...

Abah..kak Yana syg abah...moga abah panjang umur..

*katanya kl kita mimpi seseorg tu pergi tandanya orang tu akan panjang umur..setakat ni aku mmg pernah mimpi semua atok nenek aku meninggal dunia dan mmg arwah semua panjang umur sehingga 80++..harap abah pun begitu...
Gambar weekend lepas dengan Abah & Aisyah Dhaniyah..syg abah..

Tuesday, April 9, 2013

Bicara Suami Isteri..

Salam..

Ntah kenapa minggu ni minggu yg beremosi..

Smlm balik keje aku mcm stress skit masa nak odway amik husband.

Menyampah giler la ngan jem depan angsana tu..hishh..

Pastu dlm perjalanan pulang tu lps amik hubby,borak2 la mcm biasa..

Smlm ntah nape aku yg drive keter..malas nak tukar seat..

Pastu tgh2 drive sambil merepek borak2 ngan hubby,tetibe hubby cakap..

'Sayang yana'..

Eeaahhh..tetibe la plak....

Terus aku jawab...

'Yana pun syg abg..jgn kawin lain yer..'

hahahhahaa..tu je la modal aku bila malu2..

Pastu hubby tanya...

Kl sy kawin gak yana nak buat ape...

Aku jawab...aku nak diam je..diam jadi mcm org bisu sampai bila2..

Hubby gelak..

Tetibe hubby aku ni sambung tazkirah dia..

Aku layankan je la sambil meredah jem kan..

Hubby kata..

"Manusia ni selalunya hargai org tu bila org tu da tak de...

Tadi kat opis sy bayangkan la kl yana takde......

......sy mati kot"

Terkedu aku jap..serius mcm nak mengalir air mata aku..

Aku terus ckp..kl yana..abg takde..yana lari gi duk dlm gua....(saje nak cover sbnarnye,buat lawak konon)



Sayang abang...

Monday, April 8, 2013

Abah..

Salam..

Semalam borak2 dengan my Abah..

Abah kata Atok Taibon yg rumah depan surau dah meninggal..

Aku tanya abah -atok tu sakit ape bah-

Abah kata -biasela dah tua-..

Pastu sambung lagi ayat beliau...

"Bapak ko ni pun dah tua.."

Dlm hati aku cam nak meraung masa tu gak..

Abah jangan la ckp gitu..

Banyak lagi aku nak tunjuk kat Abah..

Mcm2 aku nak tunjuk kat Abah nak buat abah gembira..

Abahhhhhh...nangissss...

Tapi semua tu dlm hati je..

Cuma da odway balik jb smlm citer kat husband barulah menitik air mata..

"Ya Allah,panjangkanlah umur kedua ibu bapaku supaya aku dapat membalas jasa mereka walaupun
aku tau jasa mereka tidak akan terbalas oleh aku....hanya cukup sekadar mereka tersenyum melihat aku gembira dan hidup bahagia...Amin"

Wednesday, April 3, 2013

Setia Hujung Nyawa..

Salam..
Sayu hati pagi ni baca kisah ni kat surat khabar..

Moga Arwah Fauziah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Amin




"Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda.
"Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini."

**Berdoa supaya semua hubby2 dlm dunia mcm ni..

Tuesday, April 2, 2013

Breastfeed gak ker?

Salam.

April dah ekk..cepatnye masa berlalu...berjalan..meninggalkan aku..arrgghhh..

Ha..ni citer semlaam punyer.
Agak2 cam menarik barulah sibuk kan nak up n3..hehe..-menarik ker?-

Smlm turun2 lif terus terpacak bawah layby cs tu.
menunggu husband tercinta.
Tu la saat paling best sbb balik keje kan..xsabar gitu nak amik Aisyah kat umah akak sepupu.
yeahh..

Dlm menunggu2 hubby dgn muke beriyer2 sambil memunggah beg bagai,
tetibe..

'Breastfeed gak ker??'

Aku terpinga2 jap..
telinga cam dengor tak dengor kan sbb sibuk tgok gambor anak dlm hp..
heeee.

'ape dia?'..eceh..aku membalas ngan kesopanan..

Rupenye sorg kakak ni tanya aku..-akak la kot ke sebaya2 la kot-
mungkin sbb nampak aku bawak beg autumzs bunga2 tu.-yg selalu klik2 kat opis sibuk tanya-
Aku terus la menjawab ngan muka bangga sekali..

'ha ah..sy breastfeed..'..sambil tersenyum..
dia tanya anak aku bape bulan -4 bulan-

Aku plak tanya dia keje mana -maybank-katanya...

Tak sempat borak panjang..husband dia pun sampai..
Sambil tu sempatla aku nampak dia bawak cooler bag..
Rasa2cam medela cooler bag...

Rasanya first time terserempak ngan dia ni..

Bila citer kat hubby terus story kat hubby la cam gayer -bajet ko sorg breastfeed-..ahhaha
Serious masa ni aku rasa cam bangga skit la kat hubby aku ada gang kat cs tu yg dok memunggah2 bag susu gi balik keje...ihihii..
Terus ckp kat hubby -mesti dia pakai freestyle kan-sambil2 buat isyarat aku nak pakai pump karen..
malas da nak manual..penat-alasan-
Hubby pun ckp..kl da d yg karen yg manual nak buat ape..
aku ckp..
Buatla pakai dlm keter..
haha...
Tapi aku xkisah pun..manual2 ni pun aku tak kisah yg penting semangat tu kan..
keje pun xla bz sgt sempat la manual tu sambil2..
InsyaAllah anak no-2 kang beli karen -hahahaha..-mcm cepat no je bunyik anak no2 tu kan-lalalala

Setakat ni Aisyah masih 90% breastmilk 10%.FM.stok hr ni utk bekalan hr esok..
Takpe..aku sgt2 bersyukur ngan rezeki yg ada..Alhamdulillah..