Saturday, April 20, 2013

Cerita Tentang Nenek #3 - rahsia demi rahsia

Assalamualaikum..

Mari sambung cerita..

Pe pulak yg rahsia demi rahsia ni yek..hihi..

Ok..berbalik pada kisah sebelum ni, mmg untuk duduk bersama orang tua bukan mudah.
Alangkah dengan mak bapak kita yg hanya berbeza 2 generasi pun kita kdg2 rasa rimas.
Inikan pula berbeza 3 generasi..maunye idealogi dan cara hidup sangat-sangatla berbeza.

Peh..masa mula-mula kawin kan,nak feeling2 dating, kononnya nak mkn kat luar la kan..
Tak de maknanya semua tu..kami perlu balik rumah hokey..kalau tak siapa la yg nak masakkan sediakan lauk pauk untuk nenek n atok..beli?ape diorg nak makan lauk beli?hahaa..walaupun aku ni masak tak la sedap pun tp mcm tabu la kl asik keje nak membeli..sudahnya kami berdating kat rumah la tiap-tiap malam..sampaikan nak gi honeymoon we all pending-pending sebab fikirkan siapala nak menjenguk diorg kat rumah...tak pela..jimat duit takyah berhoneymoon -ayat redha-

Lepas arwah atok meninggal lagi kecik langkah kitorg sebab nenek takut duduk rumah sorg2..so..memeraplah kami kat rumah jer..hewwwwww

Berbalik kepada tajuk..-ape la aku ni asik dok sebut berbalik-balik ni..haha-
Rahsia demi rahsia..jeng jeng jeng..ape lagi yg rahsia no konon sgt tu..haha
Sebelum membebel meleret-leret lagi marilah aku ceritakan dulu satu kisah ini.
Sebenarnya nenek bukanlah nenek sebenar hubbyku..Nenek adelah nenek saudara beliau.
Mama dilahirkan kembar...jadi,arwah atok hubby memberi mama kepada kakaknye iaitu nenek..
Maka dibesarkanlah mama oleh nenek dari bayi hingga dewasa..
Bila Hubby lahir,nenek pun menjaga hubbyku semasa bayinya..dan menjadi cucu paling febret sebab..ntah..sebab nenek masak sedap kot pastu syg hubby giler2 masa kecik..hehe
Sape la tak syg cucu oiii...

-ele-xrahsia pun-..haha

Betul..cerita itu nampak simple..tapi bagi aku banyak kesan dan akibatnya..

Disebalik rahsia itu pula..secara biologinya..

Nenek mempunyai seorang anak lelaki..yang kami panggil paklong..dan paklong mempunyai seorang isteri yg kami panggil maklong. Maklong dan paklong mempunyai 4 org anak.Ini aku akan cerita di entry seterusnya..In sya Allah.

Kenapa bukan anak paklong yg menjadi cucu febret nenek???hehe..entry seterusnya ok...

Da macam cerita sejarah Tun Teja pulak kan..keh keh..

Ok..meh cerita dulu pasal kesan dan akibat yang aku katakan kat atas tu..

Mama hanya mengetahui yang dia di'angkat' oleh nenek semasa beliau sudah beranak 3.
Macam kisah cerekarama la pulakkan..hubby kata masa mama tau mama sangat2lah tak boleh menerimanya.Tapi dah nenek yang memelihara dan membesarkan mama,maka sayang itu tetap ada.
Mau tak sayang..nak masuk neraka?
Termasuk juga hubby,tak percaya itu bukan nenek dia secara biologi..dia sgt2 tak mempercayainya..-apelah org semua tu kata nenek bukan nenek ujang-..shahdu kan dialog ni lebih lebih lagi bila yg sebut budak kecik.. ..yer..dialog masa hubby dapat tau yg mama adelah anak angkat..tapi tetap dikira anak sedara kan..tak la jauh pun..nak buat camne dah kalau tu hakikatnya..kena redha..

Bila mempunyai keluarga angkat..keluarga sendiri yg memang mengenali antara satu sama lain,sebenarnya agak membingungkan..keluarga biologi akan tetap menganggap tggjawab perlu dilakukan oleh anak-anak..dan keluarga angkat plak tetap menyatakan aku yg bela dia..

Mcm mana hal ni bole berlaku?

Bila mana kedua-dua org tua telah tua dan memerlukan perhatian anak-anak.

Mujurlah mama mempunyai adik beradik (biologi) yg ramai..maka kuranglah tgjawab mama disitu.Cuma biasala bila mana ada pengaruh luar yang suka mempertikaikan kredibiliti mama..aku ingat lagi masa raya..biasanya time pagi raya selepas bersalam dan kunjung mengunjung ke rumah sedara yang dekat-dekat,mereka akan pulang ke rumah 'nenek sebenar'..tapi kan nenek dah tak larat..dah tua..sanggup ko nak tinggalkan dia sorg2 pagi-pagi raya tu?Tiba-tiba ada yg mempersoalkan kenapa mama tak balik rmah ibu sebenarnya..padahal soalan tu tak perlu sebenarnya nak tanya kenapa kan..hangin gak aku masa tu...aku pulak yg hangin..dahla aku hangin tak dapat nak keluar berjalan-jalan sbb kami adik beradik tak tau nak kemana bila mama kena jaga nenek dan kami semua memerap kat rumah..pagi raya kan..mestilah berjalan tol tak..tapi nak buat mcm mana nenek sakit..duduk je la rumah..masa ni la kesabaran ko sgt2 diuji ape makna sebenar menjaga org tua!..eh...ter emo plak dah...hee..geram kot tak dapat bersuka ria..padahal masa tu aku da 7 bulan pregy..ada hati nak merayap2..ahha..geram marah rasa nak marah nenek..tapi bila difikirkan semula..cube aku kat tempat nenek..sanggupke nak duk sorg2 kat rumah pagi2 raya?..yela..redha..

Perihal pihak luar yg marah2 mama sbb tak balik rumah mak sebenar..Yang aku peliknya pihak luar tu yg sibuk-sibuk no..padahal mak sendiri pun tak kisah..memahami...

Tapi aku tau dibalik memahami tu terselit juga rasa hati nenek 'sebenar' hubby aku tu..yela..dahla mama anak perempuan sulung..maunye tak sayang..nak buat mcm mana dah suami yg 'memberikan' anak itu kepada kakaknya..redha je la..insyaAllah dpt title isteri solehah kan..dan alhamdulillah mereka dikurniakan 6 anak lagi selepas itu..ha..tgok..bagaimana Allah memberikan rezeki..kita bagi sorang anak kita kat org,Allah bagi lagi 6..=)

Sepanjang masa setakat ini hubby adik beradik tak pernah bermalam dirumah nenek sendiri..ko rasa nenek tu kecik ati tak..puncanya..nak menjaga hati Nenek..sensitip kot..sampaikan kl nak bercerita pasal nenek 'sebenar' ni kena berbisik2 sbb takut nenek jeles n kecik hati..hati org tua jgn sampai terkecik tau tak...besar bahananya..

So,utk menebus segala cerita itu,mlm ni kami akan bermalam di rumah nenek hubby yg sebenar..tanpa org lain...aku hubby dan aisyah dhaniyah...kebetulan semasa entry ini ditulis...

yeahhhhh..balik kampung...oooooo...balik kampung....

**bila kami berkahwin,sehelai demi sehelai lembaran keluarga ni telah aku buka..walhal hubby tak pernah tau tentang itu semua..tapi aku akan jadi org yg mula-mula tau tentang segala mcm rahsia...ssshhhhh..haha..misteri nusantara...=P

**entry ini ditulis untuk dijadikan pengajaran..hormati dan sayangilah ibu bapa kita..nt sambung lagi..





No comments: