Tuesday, October 8, 2013

Langkawi Trip 2013 chapter 1

Hi all,

Akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi..bersama bff forever..hak hak..sblm ni plan ngan diorg gak ke Cameron..tapi masa tu preggy and asik bleeding..tak berkesempatan join diorg..kali ni kira mcm menebus la ni..hahhaa..suka nya bila dgn diorg..semua diorg settlekan..aku tinggal ikut je..best kan..huhuhu

Kitorg pegi 19-21 Sept 2013..pegi time org keje n sekolah..syok..xramai org kan..

Chapter 1 ni overall program kitorg..Chapter 2 nt aku nak masuk favret picture..sbb yg ni main kaut gambr yg ada.Picture semua dlm cd.pc opis ni mmg nak suh aku buat keje je..hahaha

Expenses utk accommodation;

Ticket flight: RM85 seorang, pergi - balik..setahun sblm tu dah beli..Aisyah tak keluar lg pun time tu..kikiki

Homestay: RM180/ night..

Sewa van: RM150/ day..

Minyak: RM100 untuk 3 hari

Homestay,van and minyak even mkn semua kitorg share 8 org =)



Excited first time nak fly...first time utk Aisyah dan mama nyer ni..hahaha

Uncle Am yg masih single..hoho..saje promote

Muka bangun tido..tido je dlm flight
Lega sangat2 Aisyah tak nangis dlm flite..Aku bf je dia sepanjang dlm tu..

Flight kitorang pukul 12.40 pm hari Khamis. Flight ok, tak delay. So weols smpi Langkawi around 1.45pm. Sampai2 jek, Kak Rohani, owner homestay tu dh ada kt situ. Dia yg tolong uruskan van sewa and bot utk ke Pulau. Then Kak Rohani bawak g homestay dia tu. 2 minit jek dr Airport. Dekat giler tapi tak larat la kl nak jalan kaki.he


Dah Check in..solat zuhur..rehat2 jap..pastu terus keluar..isi perut..
Kitorg ke Gerai Van Putih Hujung Airport.
Nak cari Laksa Power tapi tak buka pulak.
So Kitorg layan Laksa Pulau..
Laksa okla tp aku order Pasembok.betul ke aku eja ni.hahaha.
Hubby order Laksa and chicken wing..
Beriyer2 dia nak mkn..pastu keras..hahaha..dahla rm2.50 satu..hohoho..


Pasembok tu sengkuang je lebih..charkue sikit..hishh



bagi je la ape yg bole dibagi kat si kecik ni..heee
Lepas tu kitorg ke Beras terbakar..aku beli minyak gamat kat sini..tapi mahal sikitla kat sini nak compare kat padang mAhsuri..tapi dah terbeli takpela..huhu

Model van..van lambat pickup..kakakka..lawak..



Lepas tu terus ke Idaman Suri. Shopping time. Kat sini murah choc fererro rocher T30 RM19.00 and Kinder Bueno 1box (8 packs) RM17.90. Dengan Pemanggang ajaib size besar RM52.00. Aku beli kinder bueno n pemanggang ajaib yg besar tu...hee

Then terus g Royal Langkawi Yatch Club. Kat sini posing2 je..ada kedai minum tapi mcm bar je..tak selera tgok..hoho






Langkawi Yatch club ni sebelah je dgn Eagle Square. Layan sunset. Memang cantik sgt..



ape aje Aisyah n babah bebel2 tu..



Dah penat berjalan..lapar..Balik tu singgah Restoran Nelayan..
Tersesat2 cari restoran ni.
Review kata sedap sangat..tapi bagi we all biasa.
Yang bestnyer murah ler.
Kat sini sambal belacan dia pelik..
org melaka n org johor tak bole blah..haha
Masa ni Aisyah da cranky da..penat sesangat berjalan layan maknyer..haihh

Mlm tu diorg suh aku makan choc tu..katanya sedap..aku pun yakinla mkn..pastu gelak2 cakap..ko xrasa mcm rasa muntah budak ke..hahahaa

2nd Day

Pagi Mak aida buat breakfast..dulu aku mmg suka sambal tumis mak aida..teringin2 nak mkn lg..nak mudah belilah cili boh..sekali masin lada yg kitorg beli tu..peh..hangin aku..kempunan nak rasa rasa pure sambal ibu..redha jekla..mkn sambil masin ngan nasi impit..da adjust letak gula pun masin lagi..haha



muka budak tak cukup rehat..kena mandi pagi2..haha

          

Kitorg review kt blog, cable car selalu kena beratur pnjg, ramai org, jadi gigihla kitorg ni kul 8 dh gerak nak naik cable car. Sampai2 kosong..haha..Sekali, kul 9.30 baru bukak.Masa ni sempat bf and tidokan Aisyah kejap dlm van..sebab lama sgt tgu kitorg layanla minum2 breakfast..Aku amikla set kacang pool and scramble egg..ada daun salad..da nak abis mkn sekali jumpa makhluk hidup kat daun salad tu..a.k.a ulat daun..hoho..redha la kan..dapat 1/2 price..patutnya free kottttt..pfftttt
 Kitorg antara group2 yg 1st naik. Tp sky bridge under maintenance time ni. So blh naik smpai platform cable car jek. Fee RM15 sorg (yg ada ic je dpt price ni).









bff forever..insyaAllah..

Next destination, Air Terjun Temurun. Tak plan pun nak g sini. Mmg tak bawak bj mandi pun. Kononnya, nk tgk2 dr bawah jek. Skali dh smpai, mendaki smpi ke atas jgk. Penat giler.Dahla pakai wedges..berbirat la kaki aku..haha.. Tp cantik. Byk monyet kt sini. Botol susu Aisyah hampir2 kena bawak lari.nak kena babab monyet ni..




Lepas balik air terjun, Yg lelaki2 g smayang Jumaat, kitorg melepak dlm van. Perut dh bunyik2 dah. Review2 kat blog lain, ada yg kata Lunch kt HBL corner sedap. Kitorg pun terus la menuju ke sana. Skali tutup pulak hr Jumaat. Mujur kedai depan bukak. Kedai depan ni lauk sikit jek. Tp rasa, mmg power. Semua habis nasi sepinggan penuh. Lauk mmg style masak utk makan sendiri. Kari pekat. Kuah berasa. Ni area pekan Kuah. Dekat2 dgn BayView hotel n sebelah Gamat Shaari. Harga, ok la.Aku amik kari ikan..mabeles..

Hubby amik Sambal Goreng ikan bilis..pastu gigih suh aku masak mcm org tu masak..dahla aku tak rasa pun lauk tu..camne aku nak adjust recipy..cian hubby..



Dh kenyang, kitorg g Makam Mahsuri. Masuk RM7 sorg. Byk cerita2 sejarah dlm ni. Then ada rumah2 Kedah. Syok jgk la. Siap ada Live Gamelan lg. Kalau nk beli minyak Gamat, kt sini byk dan murah. Mcm2 minyak ada.














Bukan main si tecit tu..seronok agaknya rumah kampung..

Rumah Penghulu..bahaha..diorg kata cari penghulu tak jumpa..hoho



nyesal tak amik gambar kat congkak besar ni..

Next station, Under waterworld. RM 28 sorang. Byk jgk ikan n species laut. Tp tak berbaloi la aku rasa dgn bayaran RM28 tu. Tempatnya bersaiz sederhana.Tak puas pusing. Sebelah under waterworld ada coco valley and the zone. Kawasan luar tu ada kedai2 souvenir kecik2. Tp choc kt coco valley sgt mahal. kt the zone, blh tahan sikit.Tapi nutella dia murah..aku sambar 1.rm11 je yg besar.nak beli byk2 kang aku sorg je pon yg mkn..hubby i is not minat sgt..heee

masuk2 under water world tido..pastu babah kejut ajak tgok ikan..

ikan ni statik je.mmg kelakar..

gambar hubby xclear..

alahai comel kan..tapi kesian ketiak dia kena ketip..hish

aku tak bole tgok gini rasa cam penderaan binatang..

aisyah takut..hoho


nemo..

Lepas tu ke Haji Ismail Group, yg kedai cawangan coklat jek tu. Byk yg murah2, yg mahal sikit pun kitorg beli jgk. Kt sini jek ada Whitakers yg super sedap tu. HIG ni sume dekat2 jek, and sume kt Pekan Kuah. So pusing2 situ jek, mesti jumpa. Lepas tu kitorg ke Langkawi Saga, aku beli pan telor bentuk love tapi melekat je telor tu..nyampah.. Depan Langkawi Saga ada HIG lg. Kat sini mmg pack sgt2 dgn manusia. Tak comfortable, tak mcm kt Idaman Suri.Tapi aku sempat sambar 1 luggage.. 

Port makam malam, Pantai Cenang. Makan-makan kt Restoran Haji ramli.Harga Ikan mahal sikit compare dgn Restoran Nelayan mlm sblmnya tu. Tp bab rasa, pergh marvellous sgt2 tau. Kitorg order, Jenahak Sweet sour, Siakap Stim Halia, Ikan caru Bakar, Sotong goreng tepung, telur dadar, sayur. Semua licin, siap suruh org tu tambahkan kuah sweet sour lg. Tapi masa ni aku tak de mood. Aisyah da cranky..hubby pon ikut cranky gak..hangin aku,,grrr..tak selera nak mkn..diorg mkn bukan main laju lagi..Price utk 8 org makan, RM176.00.







3rd Day

Bgun pg kaki mmg cramp la. Dok panjat air terjun and turun naik tangga masa kt cable car. Pg tu kitorg breakfast kt Atta Shooru, area homestay kitorg tu jek. Most of us order Roti canai jek. Hubby mkn nasi n mee. Sedap jgk la. Roti canai mmg marvelous. Lembut rotinya n Kuah sedap sgt2.Aku siap tapau lagi 1 makan dlm van..hahaha..




Sewa bot RM230 1 bot. Pergi 3 pulau, Pulau dayang bunting, Pulau singa besar and pulau beras basah. 3 Jam. Nak g tgk tasik Dayang Bunting tu, kena panjat tangga turun tangga sikit. Memang da mcm merentas desa ko.Dengan mendukung Aisyah lagi..haha..rupanya ramai je yg bawak baby..aku ingat aku sorg je yg mengada nak bawak baby naik bot bagai g tasik ni..hee... Kalau dtg sini, jgn bawak plastik beg atau korg berpotensi kena kacau monyet. Kawasan tasik ni sgt2 cantik. Air jernih sgt2. Lepas tu g Pulau Singa, kat sini byk burung Helang.. Pastu g Pulau beras basah. Kat sini boleh mandi2. Asalnya kitorg nk snorkelling, sewa la snorkelling set. Dh smpai sana, kecewa sgt2, takde kehidupan dasar laut pun. Just mandi2 jek.Aku gigih gakla nak main air..Bagi ibu pegang Aisyah..10 minit Aisyah da menjerit2 panggil aku..adoi..takpela..dapat lepas gian gak kan..hahaha..aku penah g redang so ingat kat LAngkawi ni pun cantik..sekali xnampak apa2..membazir je la sewa snorkeling set tu..better takyah kot nak snorkeling kat sini... Masa kt sini, kitorg bawak turun plastik isi coklat. Konon nak feeling2 makan tepi pantai. Skali kena ragut dgn monyet2 tu. Settle semua choc kitorg. Kitorg start naik bot kul 9.30am, habis 12.30pm. On d way balik tu, ingt nk singgah rasa laksa power pulak. tp tutup lg. so kitorg terus balik jek..kempunan den..he

Aisyah naik bot mesti tido tu xnampak..haha


Cantik sgt..tapi sgt panassss


Lepas mandi, kitorg balik umah mandi2 bersihkan badan,sampai jeti Aisyah belengging je..haha..masa ke pulau baju dia basah main air..naik bot togel pakai pampers je.. lepas tu terus ke Pekan Kuah sambung shopping. Kitorg g Idaman suri balik. Beli pinggan2 and periuk sikit. Lepas tu singgah Pantai Pasir Hitam. Kat sini t-shirt2 Langkawi murah2



Flight kitorg pukul 9.10mlm. So terus balik homestay, Packing time. Tgk barang masing2, mcm nk pitam. Total excess baggage 90kg tp dah rupa 1 tonne brg.haha. Tu pun choc semua bwk naik atas and Airasia tak strictly cek cabin weight.



gudbye langkawi..suka suki amik gambar kat sini..haha

Masa nak naik ni Aisyah cranky skit sbb dia taknak bf..nak tgok org keliling..pastu telinga berdengung kan..da kat atas baru dia tido..haha..ngam2 flite turun dia bangun..hihihi

Uols yg nak ke Langkawi bole la refer our itenerary..
Am kwn kitorg yg buat..sangat la details..tq am..



Kesimpulannya..sgt best..tapi penat la sikit ada anak kecik kan..overall..best n recommended utk yg nak berjalan2 dlm Malaysia..tak beli pinggan mangkuk pun sbb belum beli rumah kan..hee..kang serabut plak tak tau nak letak mana =)

























1 comment:

Aida & Riana said...

wpun g langkawi sama2, i tetap baca dr mula smpi habis..hahaha syiok