Tuesday, August 18, 2015

Aku masih mencari hikmah..

Assalamualaikum blog ku..
tuk tuk tuk..

Ada orang tak..


Krik krik krrikk..

Takpela blog..merajuk ea...
meh meh aku pujuk mehh..


Hehe...

April last update...mungkinkah lepas ni dec..bahahaha..sifir menghapdate blog ek..

----------------

Sejak menjak aku jadi WAHM sangat la ni..huahua...anak-anak jadi makin manja..bab manja lain tu tak kisah..nak peluk mama 24jam ke..nak bertepuk setiap kali menyusu dan tido ke..nak mengulit pagi ptg siang mlm..huihh..no hal..

TAPI MENGUJI IMAN DAN SABAR BILA KORANG ASYIK SAKIT..

TERUK SANGAT KE MAMA NI SAMPAI ANAK ASIK SAKIT JE..

SEDIH,DOWN,SEGALA PERASAAN ADA NAK...ISKK..ISKKK

------------------

Rentetan kisah nye..

May 2015 - AISYAH WARDED DI HOSPITAL PUTRAJAYA 5 HARI
PADA MASA YG SAMA,AHMAD DEMAM,SELSEMA,BATUK..mujur doctor kata Ahmad ok..demam biasa.berkampung la kat putrajaya rumah abg.

Masa ni emosi aku mmg swing2 la..first time anak warded..lepastu di perantauan plak tu..

June 2015 - sebelum puasa,Aisyah memang sejak menjak ni asyik mengadu sakit perut.sebelum ni yg kami faham kalau sakit perut mesti sebab dia nak tahan berak,haha...tapi yg ni lain mcm..pelik..asik sakit perut..

Kami ke Klinik Nur,doc kata sakit perut angin..bagi ubat..okla..seminggu ok..lepastu..mengadu lagi..

2 hari sblm puasa,kami gerak ke Temerloh,niat hati nak menyambut puasa di sana.Masa ni, Aisyah memang dah on off demam,da risau..😕

Sampai je Temerloh, badan Ahmad panas. Bagi ubat,suhu turun pastu naik balik..ubat habis,kami ke klinik keluarga.tapi demam masih tak ok bawa ke malam.buka puasa hari pertama pun gitu2 je..

Kami tgu 1 hari,monitor diorg.Malamnya still tak ok..lepas bagi ubat ok..tapi lepas 3 4 jam suhu naik balik, Ahmad asik muntah selepas susu..memang da tak bole tahan.MiL kata nafas Ahmad laju.pg lepas sahur kami ke hospital temerloh,aku dah tak bole tahan..

Kami checkup Ahmad 1st.sbb nampak demam Aisyah berkurang. DOC KATA,PARU-PARU AHMAD KENA JANGKITAN..terduduk sekejap la aku..sebab dia cuma demam,takde batuK takde selsema..WARDED..10 hari..nak cerita..tapi rasa macam panjang sangat kalau nak cerita..

Rutin 10 hari..

Neb every 2 hours..
sedut kahak
Alahai..
tak larat nak cerita..
memang penat..
bukan penat nak buat semua tu..
penat nak tahan Ahmad meronta time neb..adehh..

Perasaan masa tu,
aku akan rasa biasa..sebab...bila tengok baby yang sebulan 2 lagi la tak mampu..so nak sedih2sgt pun,fikirkan mak mak katil sebelah yg baby halus2 dah cucuk sana sini..

Terus JADI KUAT.

Pd masa yg sama,Aisyah terus terus mengadu sakit perut. Husband and MIl bawa ke emergency.Checkup..sama..tiada jangkitan..huh..makan ubat..mcm tu je la..

10 hari..balik JB..nekad jadi mAma terbaik..kuat..


Cian baby mama

Budak bambam Tak sabar nak keluar wad


JULY 2015

YEAH RAYA..
YEAH LA SANGAT..

Raya ke2,aisyah mengadu lg sakit perut..
sampai raya ke3,membawa kepada muntah2..

Tak bole jadi..

Awalnya kami nak ke KLINIK PAKAR KANAK-KANAK Pelangi..mana tau ubat doc Ausgustine ok.sebab selalunya Aisyah cepat baik kalau kesitu..memang hilang arah time tu..

Yelah..dah pegi banyak klinik.hospital pun dah..

Malang,atau rezeki Allah nak tunjuk jalan,klinik TUTUP.

Terus tanpa fikir panjang,pergi Putri Specialist..guna je la Takaful yang tak pernah claim tu..

Lama tgu..dekat 2 jam..bila tanya,ramai lg tak..6 org..arrghh..mau nak kena tgu lagi sejam 2..terus aku cakap nak balik..sebab Aisyah asik meronta time sakit perut dia datang.

Diorang tak bagi aku balik..ntahla..memang takde hati dah..
keluar..konon nak lepak makan-makan..and sambil tu fikir nak ke hospital mana.Tetiba diorg call balik..cakap tinggal 2 org lg.dan dan kan.Buang ego sebab anak sakit,kami dtg semula..
tak lama,terus turn aisyah..aku tau,diorg pun nak jaga KPI diorg.

ULTRASOUND
-USUS KECIL TERMASUK DALAM USUS BESAR

Doc tunjuk aku gambar..aku buat2 faham jela..haha..

Doc kata dia akan betulkan..kalau ok,tak perlu operate..

PANTAS..TERUS SETTLE..DALAM MASA 1 JAM..SIAP.WARDED 1 MALAM..

Cabaran masa ni..

NAK TAHAN BUDAK DAH NAK DEKAT 3 TAHUN MAKAN DAN MINUM SBB DIA KENA PUASA SAMPAI PERUT DIA OK..

MAMPU????

memang pasrah la layan Aisyah mengamuk..macam2 teknik la guna..

Teknik paling berkesan..BUAT TAK TAU,BUAT2 BZ BACA PAPER..mih mih..maafkan mama sayang..
bila dah penat,dia akan tertido..

NASIB 1 MALAM JE...HUHU

Cian baby mama..isk isk




-----------------

So,
Sambut puasa Ahmad Warded
sambut raya Aisyah warded

--------

Nak cipta rekod..diorg sihat..malangnya,minggu ni kami sekeluarga diserang demam,batuk,selsema.
Sampai ubat diorg habis,
ke HSI
ke HSA

Nampak ok hari ni..minta doc check sekali paru2 ahmad,doc kata ok.takde bunyi..

-------------

Risaukan ahmad,sebab selsema bila da nak baik kan akan jadi likat mucus tu


.So pagi ni aku buat stim bawang putih + habbatussauda..at least cair hingus dan kahak dia.keluar pun senang. KALAU BATUK TELAN MASUK DALAM NAJIS..takla risau sangat.Bawang putih pun matikan kuman kan.Sambil percussion tu boleh longgarkan kahak2 dia..Memang fobia la kalau nak warded lagi.harap ok la..takde apa..

-------------

Bila mcm ni,
aku dan husband akan selalu cakap..
kenapa ek..

Kenapa ek..

Memang sampai tahap aku asik nangis diam2 sbb anak asik sakit..

Teruk sangat ke aku ni tak pandai jaga anak..mcmtula syaitanirrajim akan bisik..KO MEMANG TERUK..

ko ingat aku nak dengar kata ko syaiton.haha

-----------

SABAR..
ALLAH NAK AKU BELAJAR SESUATU NI..
ALLAH NAK BAGI KAMI SESUATU NI..
INSYA ALLAH..

AKU MASIH MENCARI HIKMAHNYA..

----------

dalam masa melayan 2 org ni,
yang lagi 'sorang' duduk diam diam elok2 je dalam rahim mama ni..haha..
tak sabar tgu budak sorang lagi ni keluar..

Welcome to the more challenging parenthood story.haha


---

Tq dengar aku membebel..
muah.




Buah hati mama babah
AISYAH DHANIYAH
AHMAD DANIYAL
JULY 2015




1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)