Tuesday, August 18, 2015

Aku masih mencari hikmah..

Assalamualaikum blog ku..
tuk tuk tuk..

Ada orang tak..


Krik krik krrikk..

Takpela blog..merajuk ea...
meh meh aku pujuk mehh..


Hehe...

April last update...mungkinkah lepas ni dec..bahahaha..sifir menghapdate blog ek..

----------------

Sejak menjak aku jadi WAHM sangat la ni..huahua...anak-anak jadi makin manja..bab manja lain tu tak kisah..nak peluk mama 24jam ke..nak bertepuk setiap kali menyusu dan tido ke..nak mengulit pagi ptg siang mlm..huihh..no hal..

TAPI MENGUJI IMAN DAN SABAR BILA KORANG ASYIK SAKIT..

TERUK SANGAT KE MAMA NI SAMPAI ANAK ASIK SAKIT JE..

SEDIH,DOWN,SEGALA PERASAAN ADA NAK...ISKK..ISKKK

------------------

Rentetan kisah nye..

May 2015 - AISYAH WARDED DI HOSPITAL PUTRAJAYA 5 HARI
PADA MASA YG SAMA,AHMAD DEMAM,SELSEMA,BATUK..mujur doctor kata Ahmad ok..demam biasa.berkampung la kat putrajaya rumah abg.

Masa ni emosi aku mmg swing2 la..first time anak warded..lepastu di perantauan plak tu..

June 2015 - sebelum puasa,Aisyah memang sejak menjak ni asyik mengadu sakit perut.sebelum ni yg kami faham kalau sakit perut mesti sebab dia nak tahan berak,haha...tapi yg ni lain mcm..pelik..asik sakit perut..

Kami ke Klinik Nur,doc kata sakit perut angin..bagi ubat..okla..seminggu ok..lepastu..mengadu lagi..

2 hari sblm puasa,kami gerak ke Temerloh,niat hati nak menyambut puasa di sana.Masa ni, Aisyah memang dah on off demam,da risau..😕

Sampai je Temerloh, badan Ahmad panas. Bagi ubat,suhu turun pastu naik balik..ubat habis,kami ke klinik keluarga.tapi demam masih tak ok bawa ke malam.buka puasa hari pertama pun gitu2 je..

Kami tgu 1 hari,monitor diorg.Malamnya still tak ok..lepas bagi ubat ok..tapi lepas 3 4 jam suhu naik balik, Ahmad asik muntah selepas susu..memang da tak bole tahan.MiL kata nafas Ahmad laju.pg lepas sahur kami ke hospital temerloh,aku dah tak bole tahan..

Kami checkup Ahmad 1st.sbb nampak demam Aisyah berkurang. DOC KATA,PARU-PARU AHMAD KENA JANGKITAN..terduduk sekejap la aku..sebab dia cuma demam,takde batuK takde selsema..WARDED..10 hari..nak cerita..tapi rasa macam panjang sangat kalau nak cerita..

Rutin 10 hari..

Neb every 2 hours..
sedut kahak
Alahai..
tak larat nak cerita..
memang penat..
bukan penat nak buat semua tu..
penat nak tahan Ahmad meronta time neb..adehh..

Perasaan masa tu,
aku akan rasa biasa..sebab...bila tengok baby yang sebulan 2 lagi la tak mampu..so nak sedih2sgt pun,fikirkan mak mak katil sebelah yg baby halus2 dah cucuk sana sini..

Terus JADI KUAT.

Pd masa yg sama,Aisyah terus terus mengadu sakit perut. Husband and MIl bawa ke emergency.Checkup..sama..tiada jangkitan..huh..makan ubat..mcm tu je la..

10 hari..balik JB..nekad jadi mAma terbaik..kuat..


Cian baby mama

Budak bambam Tak sabar nak keluar wad


JULY 2015

YEAH RAYA..
YEAH LA SANGAT..

Raya ke2,aisyah mengadu lg sakit perut..
sampai raya ke3,membawa kepada muntah2..

Tak bole jadi..

Awalnya kami nak ke KLINIK PAKAR KANAK-KANAK Pelangi..mana tau ubat doc Ausgustine ok.sebab selalunya Aisyah cepat baik kalau kesitu..memang hilang arah time tu..

Yelah..dah pegi banyak klinik.hospital pun dah..

Malang,atau rezeki Allah nak tunjuk jalan,klinik TUTUP.

Terus tanpa fikir panjang,pergi Putri Specialist..guna je la Takaful yang tak pernah claim tu..

Lama tgu..dekat 2 jam..bila tanya,ramai lg tak..6 org..arrghh..mau nak kena tgu lagi sejam 2..terus aku cakap nak balik..sebab Aisyah asik meronta time sakit perut dia datang.

Diorang tak bagi aku balik..ntahla..memang takde hati dah..
keluar..konon nak lepak makan-makan..and sambil tu fikir nak ke hospital mana.Tetiba diorg call balik..cakap tinggal 2 org lg.dan dan kan.Buang ego sebab anak sakit,kami dtg semula..
tak lama,terus turn aisyah..aku tau,diorg pun nak jaga KPI diorg.

ULTRASOUND
-USUS KECIL TERMASUK DALAM USUS BESAR

Doc tunjuk aku gambar..aku buat2 faham jela..haha..

Doc kata dia akan betulkan..kalau ok,tak perlu operate..

PANTAS..TERUS SETTLE..DALAM MASA 1 JAM..SIAP.WARDED 1 MALAM..

Cabaran masa ni..

NAK TAHAN BUDAK DAH NAK DEKAT 3 TAHUN MAKAN DAN MINUM SBB DIA KENA PUASA SAMPAI PERUT DIA OK..

MAMPU????

memang pasrah la layan Aisyah mengamuk..macam2 teknik la guna..

Teknik paling berkesan..BUAT TAK TAU,BUAT2 BZ BACA PAPER..mih mih..maafkan mama sayang..
bila dah penat,dia akan tertido..

NASIB 1 MALAM JE...HUHU

Cian baby mama..isk isk




-----------------

So,
Sambut puasa Ahmad Warded
sambut raya Aisyah warded

--------

Nak cipta rekod..diorg sihat..malangnya,minggu ni kami sekeluarga diserang demam,batuk,selsema.
Sampai ubat diorg habis,
ke HSI
ke HSA

Nampak ok hari ni..minta doc check sekali paru2 ahmad,doc kata ok.takde bunyi..

-------------

Risaukan ahmad,sebab selsema bila da nak baik kan akan jadi likat mucus tu


.So pagi ni aku buat stim bawang putih + habbatussauda..at least cair hingus dan kahak dia.keluar pun senang. KALAU BATUK TELAN MASUK DALAM NAJIS..takla risau sangat.Bawang putih pun matikan kuman kan.Sambil percussion tu boleh longgarkan kahak2 dia..Memang fobia la kalau nak warded lagi.harap ok la..takde apa..

-------------

Bila mcm ni,
aku dan husband akan selalu cakap..
kenapa ek..

Kenapa ek..

Memang sampai tahap aku asik nangis diam2 sbb anak asik sakit..

Teruk sangat ke aku ni tak pandai jaga anak..mcmtula syaitanirrajim akan bisik..KO MEMANG TERUK..

ko ingat aku nak dengar kata ko syaiton.haha

-----------

SABAR..
ALLAH NAK AKU BELAJAR SESUATU NI..
ALLAH NAK BAGI KAMI SESUATU NI..
INSYA ALLAH..

AKU MASIH MENCARI HIKMAHNYA..

----------

dalam masa melayan 2 org ni,
yang lagi 'sorang' duduk diam diam elok2 je dalam rahim mama ni..haha..
tak sabar tgu budak sorang lagi ni keluar..

Welcome to the more challenging parenthood story.haha


---

Tq dengar aku membebel..
muah.




Buah hati mama babah
AISYAH DHANIYAH
AHMAD DANIYAL
JULY 2015




Tuesday, April 21, 2015

Assalamualaikum..WAHM akhirnya daku..

Kembali ke pangkal jalan semula..
seepas membiarkan blog ku bersarang labah2 terlalu lama.
Ntah berapa lama pulak kali ni keinsafan aku ni..haha

Now,
I am WAHM

Yes..impian dah tercapai..
selepas...ok..nt cerita kat entry lain..

What Next..
Kehidupan berubah 360 darjah..baru berjaya tune 5 darjah..ahaha

ok..
nt ku coret lagi.
Maklumla..
WAHM baru kan..
bz uolss..hihi

Aisyah
2 tahun 5 bulan dah

Ahmad
8 bulan sudah

Kesian diorg..
takde coretan tentang mereka..

takpelah nak..nanti mama ganti ye..hihi

bye

Tuesday, December 30, 2014

Arjuna Beta - Ahmad Daniyal 4 months

Saje kan buat muka comel..
Rindu busyuk mama ni..
Budak baik kesayangan mama ni..

Yana'Z Sweet House

Bismillah..

Bz bz bz..
Blog pun tak berupdate..

Tapi blog lagi satu mungkin rajin update..
tehehehe..pffttt..

Jomla shopping sini ramai2..murah2 je ;)

http://yanaz-sweet-house.blogspot.com/

Friday, December 19, 2014

Dah lama tak tulis..tetibe tulis nak mengamuk..

Hati tgh panas..

Nak mengadu tak tau di mana..

Kat sini jekla..

Pasal pemberian..

Ni semua pasal cristmas day celebration opis aku..

Aku penat2 td g carik hadiah nak tukar kan..

syaratnya..RM20 ke atas n usable.

Aku belila shampoo olive oil organic tu..(yg mana aku sendiri pun berkire kl nak pakai utk diri sendiri)

RM21.90..suka hati la aku nk beli kan..

Bole bos aku cakap..

"If they all don't want to use..they can use for cuci bu***..because everybody hv their own product"

B*D*H 

meraung2 aku dlm hati..

sedih weh sedeh...

Dia tu bg Olive Soap..konon beli kat Ausie..siap nak tulis nama..cakap tak fikir perasaan org.



*TERINGAT ENTRY PISANG..ORG KALAU DAH BAGI AMIKJE.TAKYAH NAK MENYAKITKAN HATI.SETIAP PEMBERIAN ADALAH REZEKI DAN HASIL TERBAIK SESEORG TU..HARGAILAH..


Friday, November 21, 2014

Resepi CurahDariKuali #1 - Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum
Setiap hari kalau bole nak bawakan anak lauk best2..
Tapi..kl bolehla kan..haha
Kebanyakan masa masak yang simple2 je.
Kebetulan Ahmad pun kecik lagi..maka..heaveN sikit..tgu 3 bulan.
Ntah sempat ke idaknya  nak beriye masak.

Sekarang trend semasa aku..masak lauk Aisyah..sekali tapau utk aku n hubby.
Hubby selalu skip lunch.pastu balik muka kebulur..tu yg stress sbb nak kna msk laju2 untuk dinner..atau paling stress..kena makan lauk beli (padahal lompat sampai bumbung sbb xyah masak..haha)..so sanggup masak ape je at least dia xskip lunch..tak baik utk kesihatan kl selalu buat gitu kan.
Untuk aku..sebab aku mmg mls nak keluar carik makanan..jemu dgn menu2 kat cs..
Jimat pun jimat kan..

Maka terciptanya resipi curahdarikuali..hahaha

Hari ni masak

Ayam Kicap

Bahan2
Ayam potong dadu (selalunya mmg beli part dada n potong dadu siap2 n masuk mangkuk asing2 utk sekali msk)
Bawang Holand
Bawang putih
Lada Banggala

Goreng ayam halfcook.asingkan
Tumis bawang.bwg putih.lada
Masukkan ayam
Masukkan kicap
Siap
Curah dlm mangkuk masing2.hihi

Senangkan.
Sebab dah lambat..kuali tinggal balik keje br basuh
Agagaga..
Teruk tapi benar..

-kalau sempat letak halia.hubby xsuka kayu manis..so aku msk kicap xletak kayu manis.carrot n kcg panjang pun sedap kl ada.

Dan ini hasilnya..

ngejeklatu..grr

Friday, November 14, 2014

2 Years Aisyah

Assalamualaikum..

Entry yang paling tak sanggup nak tulis.

9 Muharam..
Genap Aisyah 2 Tahun..
Aisyah tak mau menyusu..
Makan..minum..mesti keluar balik..
Risau sangat2..
Tak keruan rasa hati..
Masa ni balik Temerloh..
Rasa bersalah kat Aisyah sebab kami adhoc plan..=(

Sebab lebih 24jam.
kami bawa ke klinik.
Tapi sebab gelabah sangat..
Baru mkn ubat 2x tak ok..
Aku terus bawa gi hospital..

Haiyooo..punya lama ok Hospital Temerloh..
Pegi 10 malam..balik 4 pagi..fuh..
KPJ..silalah buat hospital kat sini..
Tak berguna insuran disini..haihhh



Cian budak sakit
masa ni aku sekali nangis.. ;(
Cukuplah sekali ni ye sayang..dah penat nangis,.,tertido..

Balik tu aku just monitor..terpaksa bagi antibiotik..dari awal lahir sampai 2 tahun..ni lah pertama kali aku bagi..sebab dah takde apa masuk perut..risau sangat2..

Lepas 1 hari aku monitor,alhamdulillah Aisyah dah mula minta susu..aku lega sgt2..
Balik jb aku monitor lagi..EL 3 hari..sampai Aisyah betul2 sihat nak makan n minum..
Bila dah ok,badan pulak demam..mau tak aku risau..suhu turun naik..
1 hari aku bagi ubat demam..nampak kebah..
baru berani hantar bs..
Alhamdulillah sihat sampai harini..
Cuma selsema dia susah sgt nak hilang..
Ada tips tak..mcm2 vitamin dah bagi..

Ya Allah..
Sihatkanlah anak2ku yaAllah.
Amin