Saturday, June 16, 2012

Capsicum..

salam..

Capsicum atau lada belanda..takde benda lain ke nak cerita???..


sebelom ni panggil lada benggala..hubby plak pgl lada belanda..(kan ke jauh tu belanda ngan benggala)..pape la..haha..
so kitorg start pgl sayur ni capsicum...SEMALAM..haha konon nak nampak gempak la kan..
Kenal sayur ni dah lama dah tapi sblm kawin mmg tak pernah amik port.sbb tak suka.
Tp Sejak kawin, disebabkan my hubby memang giler2 suka yg teramat2 dgn makhluk yg bernama capsicum ni..so,sy pon terikut sama2 suka gitu ..
so,skrg hantu capsicum..masak la sayur ape mesti nak letak capsicum ni..warna warni..barulah menarikkan =)
Capsicum ni disebabkan ianya comel,warna warni dan sedap,harganya dalam lebih kurg rm3 sebijik kl saiznya besar.tapi bole guna 4-5x masak sbb slalunya mmg beli colour hijau,kuning,merah..so kl combine semua sikit2 jadi byk..tahanla utk seminggu utk kami..
Khasiatnyer:


  1. Capsicum ni bole tingkatkan kadar metabolisme.Kadar metabolisme bole elakkan lemak berkumpul dalam darah seterusnya bole bakar kalori ngan mudah.-bole la utk sape2 nak diet.bantai makan capsicum je tanpa nasik..makan ngan sayur hr2..haha

  2. Sumber anti-oksida yg tinggi sbb ada byk vitamin A & C.Anti-oksida ni bole hapuskan radikal bebas dlm badan kita hasil pengoksidaan dlm badan.Radikal bebas ni la yg rosakkan tisu2 darah n badan kita yg mana ia juga bagus utk elak sakit jantung and asma.-radikal bebas ni umpama kita membakar sampah n apa hasilnya?jelaga yg hitam2 tu kan..ha,sama mcm badan kita,bila pembakaran dlm sel berlaku terhasillah jelaga2 yg kita panggil radikal bebas,kl dah berkompol berpulluh taun,tu la sakit lutut la,muka berkedut la,sesak napas la,mengah2 la,sakit perut la..mkn ubat tak berkesan la..tu radikal bebas punye keje la..sel jadi tak alert..

  3. Capsaicin iaitu kompaun yg terdapat dlm capsicum ni bagus utk melegakan kesakitan. Capsaicin bole menghalang saraf tunjang daripada menerima rangsangan kesakitan dari kulit.Sangat sesuai utk pesakit neuralgia-ataupun mangsa cubit kl rasa xnak sakit sbb asik kena cubit,bole la makan byk2 capsicum ni.hahahaha.nt kebal!

  4. Capsaicin ni bagus utk prevent cancer..mcmana??Capsaicin ni dia suka kawan ngan carcinogen yg bole sebabkan cancer.So,dia bind dgn carcinogen utk elakkan carcinogen kita melekat pada DNA.so,xbole la jadi cancer.

  5. Capsaicin ni juga bagus utk elakkan darah beku sbb ada vitamin C.

  6. Capsaicin ni sangat bagus utk membunuh bakteria yg selalunya ada dlm makanan yg berisiko membawa bakteria seperti makanan bercangkerang.-so,bantai makan capsicum la byk2 lepas menikmati makanan laut di restoran seafood atau yg dimasak sendiri =)))

nak tau lebih bole la tgok sini k..


1 comment: